Isnin, 5 Mac 2012

Kajian: Pengundi muda mahu debat Najib-Anwar

Harakahdaily,


BANGI: Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan pengundi muda negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kajian terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas itu menunjukkan 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan.

Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.

Hasil kajian yang dibuat dari 10 Februari hingga 21 Februari itu juga mendapati, topik pilihan paling tinggi untuk diperdebatkan oleh kedua-dua pemimpin itu adalah berkaitan isu ekonomi negara iaitu sebanyak 17 peratus.

Isu semasa negara pula menduduki tempat kedua dengan 9 peratus, kebajikan rakyat dan pembangunan masing-masing (7%) dan memerangi rasuah (5%).

Tiada ulasan: