Selasa, 20 Mac 2012

Jangan dusta dalan dewan - Dzulkefly

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR-"Lepas bergaduh, di luar sana mereka berpeluk cium," seloroh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Ronald berkata demikian selepas Ahli Parlimen Datuk Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) meminta masa 'pergaduhan' diganti kemudian dilanjutkan tempoh masa perbahasannya.

Mohamad Aziz yang memulakan sesi pergaduhan dengan menuduh PAS menjadi alat Ketua Pembangkang sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan menyokong Yahudi sepertimana dinyatakan oleh Ahli Parlimen Marang.

Ekoran lantangnya Mohamad Aziz itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menyangkal tuduhan liar itu dan menyifatkan Mohamad tidak faham maksud yang ditegaskan oleh Ahli Parlimen Marang.

"Bezanya Yahudi dan Zionis sudah diterangkan oleh Marang. Apa yang Marang sebut bermuamalat dengan Yahudi berbeza bermuamalat dengan Zionis. Jangan buat interpritasi begitu, berdusta dalam dewan," bidas Dzulkefly.

Bagaimanapun, Mohamad Aziz tetap menegaskan Yahudi adalah musuh Islam seperti disebut dalam Al-Quran.

Pergaduhan Ahli Parlimen PAS dan BN bertambah kecoh apabila, Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) menuduh Ketua Pembangkang antara individu yang kuat mempertahankan Israel dan Yahudi.

"Sekarang ni Ketua Pembangkang hendak sangat mempertahankan adalah Israel. Israel adalah Yahudi Zionis. Kalau maksud Marang boleh berniaga dengan Yahudi adakah dia bermaksud boleh berdagang dengan Israel? Kalau tidak boleh berdagang dengan Israel dia patut ambil tindakan suruh Permatang pauh Tarik balik," katanya.

Ahli Parlimen Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pula bangun membidas Zulkifli Nordin dan menegaskan kerajaan BNlah yang sepatutnya menjawab apa yang dibangkitkan wakil rakyat bebas itu.

Kemudian Ahli Parlimen CheUda Che Nik (PAS-Sik) menyebut 'Apco' berulang-ulang kali ditambah pula masing-masing Ahli Parlimen bersuara, menyebabkan dewan kecoh seketika.-Harakahdaily

Tiada ulasan: