Harakahdaily, | |
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan injuksi bagi menghalang Felda Plantation memajak 360,000 hektar tanah milik peneroka kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata injunksi tersebut akan difailkan secepat mungkin selepas pihak peguam selesai menyiapkan dokumen.
Menurut Mazlan lagi, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.
Akta GSA 1960 memperuntukkan tanah diberikan kepada orang persorangan atau felda dan bukan kepada syarikat termasuk Felda plantation.
"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat.
"Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya
Saman 3 MB
Sementara itu Mazlan berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman tiga bekas menteri besar iaitu bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Ini kerana menurut Mazlan, ketiga-tiga mereka gagal menunaikan janji mereka memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda yang menyerahkan tanah untuk tujuan pembangunan.
Peneroka terlibat adalah peneroka dari Felda Cahaya Baru, Johor, Sungai Buaya (Selangor), Labu Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).
Hingga kini dakwa Mazlan, peneroka di keempat kawasan yang terlibat hilang punca pencarian dan ada dikalangan mereka kini 'merempat'.
Mungkin masyarakat tak tahu apa jadi kepada peneroka ini. Mereka ini hampir 100 peratus Melayu.
"Jadi kami telah bersetuju lantik panel guaman untuk kemukakan saman menuntut gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya.
Mazlan berkata, apa yang dipersoalkan bagaimana kerajaan negeri termasuk menteri besar dan exco meluluskan projek pembangunan kepada kontraktor.
Sedangkan, katanya tanah tersebut adalah aset peneroka dan manyalahi akta GSA sekiranya dimajukan.
"Apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan