Selasa, 20 Mac 2012

Himpunan tak takutkan pelabur, kata usahawan Cina

Di sebalik pendirian negatif kerajaan, presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri William Cheng berkata perhimpunan di Malaysia tidak menakutkan pelabur asing kerana kebanyakannya diadakan secara aman.

NONE"Kami telah pelajari bahawa perhimpunan di Malaysia biasanya dilakukan secara aman, tiada pergaduhan langsung.

"Di Eropah dan Amerika Syarikat, ini berlaku hampir setiap hari, jika perhimpunan adalah benar-benar aman, anggap dan layannya sebagai senaman," kata Cheng memberitahu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau, walau bagaimanapun, mengingatkan bahawa jika perhimpunan bertukar menjadi ganas, ia boleh menjejaskan pelaburan di negara ini, sama ada domestik atau asing.

Katanya, beliau melihat perhimpunan secara aman sebagai antara cara rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

ACCCIM juga mengeluarkan satu laporan kaji selidik yang meliputi masyarakat perniagaan Cina tempatan bertajuk 'Situasi Ekonomi di Malaysia bagi separuh tahun ke-2 2011'.

Tiada ulasan: