Muhammad Faizal, | |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan satu himpunan besar-besaran generasi kedua Felda akan diadakan pada April nanti.
Himpunan ini adalah sebagai pendirian mereka dalam menyokong penuh kepada kebangkitan generasi kedua Felda.
Jelas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily, tindakan itu adalah dalam memperjuangkan hak mereka yang bakal terancam ekoran daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
"Kita menyokong penuh kebangkitan generasi kedua Felda dan sudah pasti penyenaraian ini memberi kesan secara langsung terhadap masa depan peneroka Felda.
"Malah tanah milik mereka sudah tentu akan turut terjejas apatah lagi kepada generasi kedua sudah pasti lebih teruk akan mereka alami," jelasnya.
Menurutnya lagi, generasi kedua memerlukan jaminan terhadap masa depan mereka berhubung hak mereka terhadap Felda, tindakan penyenaraian ini sudah semestinya akan menyebab masa depan generasi tersebut tidak terjamin.
"Kita menuntut semua rakyat sama-sama hadir pada perhimpunan besar-besaran itu nanti bagi menyatakan bantahan penyenaraian serta sokongan terhadap mereka.
"DPPM merasakan langkah penyenaraian Felda ini adalah langkah mengugat dan mengancam masa depan generasi kedua Felda," sambungnya lagi.
Nasruddin menyatakan DPPM akan bersama-sama dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman dalam menjayakan himpunan tersebut.
"Kita akan membuat bantahan besar-besaran kepada pihak Felda, yang mana sejak muktahir ini kita nampak mereka beria-ia ingin menyenaraikan Felda ke bursa saham," kata Nasruddin.
DPPM memberitahu ini adalah langkah yang serius kerana keyakinan hilang apabila Felda dipegang oleh Tan Sri Isa Samad yang jelas mempunyai rekod buruk sebelum ini termasuk dalam soal rasuah.
"Kita tidak mahu Felda menjadi tempat mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mengumpul harta kekayaan, bantahan terhadap penyenaraian ini akan diteruskan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan