Jumaat, 23 Mac 2012

Gempa Bumi Di Mexico: Rakyat Malaysia Selamat

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Mexico mengesahkan semua kakitangan Malaysia di kedutaan itu selamat dan tidak terlibat dalam kejadian gempa bumi dekat sempadan antara selatan Oaxaca dan Guerrero.

"Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menetap di kedua-dua negeri tersebut," kata Kementerian Luar menerusi satu kenyataan, Khamis.

Selasa lepas, satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 7.4 melanda Mexico dengan gegaran turut dirasai di Mexico City, yang terletak 320km dari pusat gegaran.

Gempa bumi itu mengakibatkan 60 rumah di kawasan berdekatan pusat gempa runtuh manakala 800 rumah yang lain rosak.

Tiada kematian dilaporkan akibat gempa itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: