Khamis, 1 Mac 2012

Felda bayar RM1.6 juta untuk bekal vitamin jemaah haji


MALAYSIA KINI

Tindakan Yayasan Felda yang menganugerahkan projek RM1.59 juta kepada sebuah syarikat farmaseutikal bagi membekalkan multivitamin melalui rundingan terus pada Ogos lalu, tidak menyenangkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

NONE"Kontrak untuk CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd adalah untuk membekalkan multivitamin kepada 27900 jemaah haji yang berlepas pada bulan September (tahun lalu)," kata Mazlan Aliman (kiri), yang menerajui NGO berkaitan PAS itu.

Pemberian kontrak jutaan ringgit tanpa proses tender, kata Mazlan, bercanggahan dengan semangat tadbir urus yang baik.

Mazlan membayangkan kemungkinan bahawa kontrak itu disalurkan kepada "syarikat kroni", dan menuntut bahawa Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Isa Samad memberi penjelasan berhubung pemilihan syarikat berkenaan.

Menurut dokumen yang dibekalkan kepada wartawan hari ini, CCM Pharmaceuticals, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, digambarkan sebagai pengeluar unggul barangan halal dalam industri farmaseutikal.

isa samad interview 150509Antaranya, syarikat itu mendapat kontrak membekalkan vitamin berjenama Proviton dan Flavettes bebas gula 500g pada harga RM57 setiap orang dan dengan jumlah bil sehingga RM1,590,300.

"Kami mahu Isa (kiri) jelaskan mengapa kontrak diberikan menerusi rundingan terus dan mengapa syarikat ini dipilih," kata Mazlan kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya syaki bahawa kos multivitamin yang dibekalkan sebenarnya kurang daripada yang sepatutnya."

Tiada ulasan: