Jumaat, 16 Mac 2012

Exco S'gor: Tak patut salah demokrasi bila MM2H gagal

MALAYSIA KINI

Tindakan Menteri Pelancongan Datuk Dr Ng Yen Yen menyalahkan perhimpunan aman rakyat Malaysia sebagai alasan kegagalan program Malaysia My Second Home (MM2H) amat mengecewakan, kata Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong.

ng yen yen pc parliament 160611 03"Ketika menjawab soalan dalam Parlimen semalam, Dr Ng (kanan) berkata warga asing tidak berminat dalam program MM2H kerana mereka tidak melihat negara Malaysia sebagai negara aman dan stabil.

"Walaupun jelas bahawa menteri itu terpaksa mencari alasan untuk kegagalan Kementerian beliau, saya rasa kenyataan beliau hanya berjaya memalukan diri dan kerajaan Malaysia," tegas Elizabeth dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan Dr Ng bahawa kebanyakan negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi menganggap perhimpunan aman sebagai amalan yang biasa.

"Kebebasan rakyat menyuarakan pendirian tidak dilihat sebagai kelemahan sesebuah negara tetapi keutuhan terhadap prinsip demokrasi," kata Elizabeth.

Sebaliknya, beliau memberitahu Dr Ng bahawa MM2H bukanlah gagal kerana perhimpunan awam tetapi dasar berkaitan yang tidak mengurangkan masalah imigresen dan juga permit MM2H yang kurang menarik kerana tiada keistimewaan khas.

NONE"Misalnya, baru-baru ini, saya menerima aduan sepasang suami isteri yang menyertai MM2H. Walaupun anak mereka berjaya memasuki universiti tempatan, beliau terpaksa keluar Malaysia sebelum membuat permohonan baru.

"Tindakan sebeginilah yang mengakibatkan kesusahan terhadap pelabur MM2H dan mengurangkan penerimaan program tersebut," tegas Elizabeth (kiri).

"Lebih wajar kalau Dr Ng membuat kajian mendalam untuk memahami sebab-sebab kegagalan MM2H.

"Saya yakin dasar imigresen, gejala rasuah dan kedaulatan undang-undang merupakan isu-isu yang lebih utama kepada warga asing yang cuba ditarik menyertai program MM2H," katanya.

Tiada ulasan: