Selasa, 27 Mac 2012

Cadangan Lantik YB BN Jadi Lembaga Pengarah KSSB




SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sedia mempertimbangkan untuk melantik lembaga pengarah dari kalangan wakil rakyat pembangkang BN dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau cadangan Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie itu boleh hanya dapat dilaksanakan setelah diperhalusi bersama Adun-adun Pakatan.

“Kerajaan Negeri tiada halangan untuk melantik Yang Berhormat pembangkang BN, sebagai salah seorang lembaga pengarah dalam Syarikat KSSB.

“Tetapi tidakkah nanti akan dipersoalkan pula oleh sesetengah pihak dari Pakatan Rakyat sendiri kerana pihak Pakatan juga mempunyai ramai yang berkelayakan.

“Tetapi kalau wakil rakyat Pakatan setuju, boleh dibincangkan dan kerajaan negeri boleh pertimbangkan melantik wakil rakyat BN sebagai lembaga Pengarah KSSB, tiada masalah,” kata beliau di Dewan Undangan Negeri Selangor petang ini.

Sementara itu ketika Khalid menggulung perbahasan petang tadi, Dewan Undangan Negeri Selangor kelihatan sedikit lengang apabila perbahasan yang dijalankan tidak dihadiri Adun-Adun dari pembangkang BN dan bebas.

Adun-adun terbabit telah meninggalkan dewan pagi tadi berikutan isu SMS Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim

Tiada ulasan: