Isnin, 12 Mac 2012

Budak bawah umur ganggu ceramah Anwar

"Kita juga mendapati ada budak-budak bawah umur. BN telah salah guna budak-budak muda ini," kata Pengarah Pilihanraya PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah.



MELAKA: BN sengaja membawa pemuda samseng untuk menganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Solok Baruh, Bachang malam tadi.

“Mereka hantar budak-budak hingusan untuk menakut-nakut orang ramai yang hadir ke ceramah Anwar.

“Kita juga mendapati ada budak-budak bawah umur. BN telah salah guna budak-budak muda ini,” kata Pengarah Pilihanraya PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah.

Katanya,. kira-kira 3, 000 telah menghadiri ceramah Anwar tersebut.

Mohd Yusof juga mendakwa pemuda-pemuda tersebut yang dipercayai diupah oleh BN mengganggu sepanjang laluan ke tempat ceramah Anwar.

“Mereka bermotosikal membawa bendera BN untuk mengganggu laluan ke tempat ceramah supaya orang menjadi takut.

“Tetapi orang datang juga, lebih kurang 3, 000 orang manakala ceramah Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam juga 70 orang,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: