Isnin, 26 Mac 2012

Blogger dakwa Umno akan beli agen PKR

Harakahdaily,



SHAH ALAM:
Blogger Abdul Rahman Talib mendakwa, beliau mendapat maklumat Umno menyediakan peruntukan yang besar bagi membeli agen pengundian dan pengiraan undi dari PKR.

Ia akan dilakukan sewaktu pilihan raya umum akan datang, dakwa blogger yang juga dikenali sebagai Tulang Besi itu.

"Maklumat yang Tulang Besi baru dapat adalah sewaktu PRU nanti, sebuah dana telah disediakan khas bagi tujuan ini.

"Diberitakan kepada Tulang Besi bahawa sebanyak RM30k-RM50k telah disediakan untuk membeli PACA(Polling Agent dan Counting Agent) dari PKR seluruh Selangor," tulis beliau dalam blognya hari ini.

Yang akan dibeli oleh Umno adalah plling agent dan counting agen PKR di Selangor.

"Polling Agent" adalah wakil parti yang duduk di dalam bilik-bilik darjah bagi mengawasi perjalanan pengundian.

"Counting Agent" pula adalah wakil parti yang mengawasi perjalanan pengiraan undi selepas pengundian berakhir.

"Counting Agent" pula akan menandatangani borang E yang menandakan keputusan rasmi bagi pusat pengundian tersebut.

"Diberitakan kepada Tulang Besi juga, sejumlah RM3juta hingga RM5 juta disediakan bagi membeli calon2 PKR untuk menarik diri serta memberikan kemenangan percuma kepada parti itu," dakwa beliau lagi.

Bagi Abdul Rahman, tindakan ini dibuat untuk mengulangi apa yang berlaku dalam DUN Sementa sewaktu Pilihanraya 2008 yang lepas di mana Rahman Palil (calon BN) telah menang percuma kerana calon PKR yang melawan beliau hilang entah ke mana.

"Inilah agaknya yang menyebabkan Najib begitu gembira dan yakin mereka akan menangi Selangor dalam PRU yang depan," tulis Rahman lagi.

Tiada ulasan: