MALAYSIA KINI
MCA menggesa rakyat Malaysia berketurunan Cina yang layak mengundi agar segera mendaftar sebagai pemilih, memandangkan terdapat kira-kira 1.1 juta daripada mereka yang belum berbuat demikian.
Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga September lalu sejumlah 4.89 juta dari kaum Cina layak mengundi, namun 1.1 juta daripadanya belum mendaftar.
"Ini bermakna satu daripada empat orang belum mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.
Menyifatkan fenomena itu sebagai serius, Kong berkata, dengan mengambil kira situasi politik semasa yang mencabar pada pilihan raya umum akan datang, setiap keturunan Cina yang layak mesti mendaftar untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab tersebut.
"Jika pemilih berketurunan Cina yang layak tidak mendaftar sebagai pengundi, mereka memberi tanggapan bahawa komuniti Cina tidak ambil peduli pasal politik, yang mana ini tidak benar,” katanya.
Kong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pengundi Cina sentiasa mengambil berat mengenai pembangunan negara pada masa depan dan aktif menyertai proses membina negara.
- Bernama

9 ulasan:
Lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Ramai juga kaum Cina yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Yang selebihnya 2.6 juta tu?
mana2 yang belum mendaftar tu, daftarlah segera.
Those who have not registered as voter, I urged you to do so immediately before the next GE is held.
Please fulfill your duty and rights as a Malaysia citizen, register as a voter and vote during the next GE.
Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi..
ramainya.. kenapa tidak mahu mendaftar?? atas pagar atau ada plan lain??
Sama2lah kita gembleng tenaga untuk beri kesedaran kepada mereka agar mendaftarkan diri dan pergi mengundi nanti. Ia melibatkan masa depan negara dan generasi seterusnya.
Jumlah mereka yang belum mendaftar itu sangat besar dan ini membimbangkan.
Catat Ulasan