DETIK DAILY
KUALA LUMPUR:
Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)
2016 tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam Aturan Urusan Mesyuarat
Dewan Rakyat hari ini.
Usul dikemukakan Ahli Parlimen Marang,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bertujuan meminda
Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau (Akta
355).
Abdul Hadi turut hadir pada sidang Dewan Rakyat hari ini
walaupun beliau dikatakan tidak sihat sekaligus tidak hadir perasmian
Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas semalam.
Pindaan itu akan membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman
penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu
ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir
selaras dengan tatacara jenayah Syariah.
Selain itu, Rang
Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian)
(Pindaan) 2016 turut tersenarai pada kedudukan kelima dalam Aturan
Utusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang itu digubal bagi mengatasi isu berkaitan pertukaran agama sepihak.
Ia dibentangkan kali pertama pada tahun lalu dan merangkumi masalah
yang timbul ekoran perceraian dan hak penjagaan anak bagi pasangan bukan
Islam yang memeluk Islam.
Ia bertujuan untuk memasukkan
peruntukan baru yang menetapkan bahawa agama mana-mana kanak-kanak
daripada perkahwinan sivil boleh dikekalkan walaupun salah seorang
daripada pasangan terbabit memeluk Islam, kecuali ibu bapa berkenaan
bersetuju untuk menukarnya.-Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan