Selasa, 7 Mac 2017
BR1M Bentuk "Dadah'' Baru
Oleh Muhammad Syafiq Azmi
Kenapa semua orang bising bila daftar SSM menjadi sebab penghalang untuk mendapatkan BR1M?
Pengalaman saya sendiri tahun lalu itu sebenarnya telah terjadi pada isteri saya.
Bila ditanya kepada pegawai yang bertanggungjawab jawapannya isteri saya telah mendaftat SSM yang memerlukan prosedur yang agak leceh jika tetap mahu mendapatkannya. Maka kami hanya membiarkan semua itu berlalu.
Cuma bila tiba giliran BR1M tahun ini mula diedarkan, kelihatan ramai yang bising bila kali pertama mendapat tahu perihal BR1M dan SSM ini. Mungkin juga ianya bukti dan tanda rakyat semakin terbeban dan kini berniaga kecil-kecilan. Persoalannya apakah BR1M kini mula jadi 1 bentuk "dadah" baru kepada masyarakat? Jika ya, maka ini membuktikan maqasid perlaksanaannya mula membuahkan hasil bagi pihak kerajaan (baca Barisan Nasional).
Pada hemat saya rakyat haruslah berani melakukan perubahan. Benar BR1M itu hak kita, tapi janganlah pula kita ini sampai dilayan seperti "monyet yang menunggu pisang". Yang patut kita harap dari kerajaan adalah kos sara hidup yang tidak menekan, pemborosan dan ketirisan yang melibatkan dana awam. BR1M itu tidak perlu bila segalanya benar-benar mensejahterakan rakyat.
Atas sebab itu juga bila saya mengetahui SSM itu akan jadi halangan kepada BR1M maka saya daftar sebuah lagi syarikat. Bukanlah untuk mencabar tetapi mahu membuktikan saya sudah menerima sepenuhnya yang lebih penting bukan sekadar RM1200, tetapi negara ini perlu dibetulkan semula untuk generasi hari ini dan akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan