Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia menawarkan diri untuk berunding dengan penculik Pastor Raymond Koh Keng Joo demi menjaga nama baik Islam.
Dr Mujahid dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekiraya ada dakwaan usaha pemurtadan ia perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan diambil tindakan mengikut keputusan sendiri.
"Saya menawarkan diri untuk berunding dengan penculik demi menjaga nama baik Islam jika motifnya adalah di atas kebencian agama.
"Ini kerana Islam tidak mengajar manusia membenci antara satu sama lain disebabkan kerana kepercayaan seseorang. Jika ada dakwaan usaha pemurtadan ia perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan diambil tindakan mengikut keputusan sendiri,ujarnya.
Beliau mengulas mengenai kes penculikan membabitkan seorang Pastor yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari lalu.
Sehingga kini mangsa gagal ditemui pihak polis dan ahli keluarga telah menawarkan habuan RM100,000 untuk mendapatkan maklumat di mana mangsa berada.
Dr Mujahid yang turut berada bersama ratusan yang berhimpun menunjukkan solidariti dengan penculikan berlaku berpandangan,
Semalam saya berada bersama beratus orang berhimpun untuk solidariti bersama Pastor Koh yang diculik secara misteri dan tiada khabar berita tentangnya hingga kini kini isu keselamatan awam dan hubungan antara agama dilihagt semakin buruk di negara ini.
Katanya penculikan Koh pada siang hari di celah kesibukan kawasan kejiranan menimbulkan berbagai persoalan.
"Pertama ialah tentang keselamatan awam dan kedua ialah motif penculikan, kedua asas kebimbangan ini mendedahkan negara kepada satu persoalan, adakah kita semua selamat fizikal dan mental dari penjenayah yang menggugat keselamatan awam?,"soalnya.
Beliau berpandangan bagaimana sehingga kini lebih dari sepuluh hari berlalu tiada berita tentang penculikan ini? Adakah Pastor Koh masih hidup? Kalau ya di mana? Bagaimana risikan polis dalam kes ini?
Katanya lagi, Pastor Koh juga pernah menerima ancaman dikirim dua butir peluru hidup pada tahun 2011 dan dikaitkan dengan 'usaha pemurtadan' melalui NGO Komuniti Harapan yang dipimpinnya, namun sehingga kini tiada bukti kepada tuduhan ini apatah lagi dakwaan di mahkamah.
"Serbuan ke gereja DUMC pada tahun 2011 oleh JAIS juga menimbulkan kekeruhan hubungan beragama di Malaysia dan kes ini selesai tanpa bukti pendakwaan. Pastor Koh dikaitkan dalam majlis 'pemurtadan' ini.
"Apakah motif penculikan ada kena mengena dengan kononnya penglibatan Pastor Koh dalam usaha pemurtadan? Adakah penculikan ini sekadar tindakakan jenayah tetapi agak pelik kerana hingga kini tiada tuntutan wang ringgit diminta oleh penculik.
"Jika motif penculik kerana kebencian agama, ia amat malang bagi negara ini kerana ini menandakan unsur ekstrimisma dan keganasan semakin berani menonjolkan dirinya dan mencabar ketenteraman awam," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan