Isnin, 6 Mac 2017

.KEMASKINI] Kang Chol tinggalkan kedutaan Korea Utara

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Duta Korea Utara, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai 'Persona Non Grata' dilihat meninggalkan pejabat kedutaan negara itu di sini pada jam 3.55 petang tadi.
 
Terdahulu Kang Chol diberi tempoh sehingga 6 petang ini oleh kerajaan untuk keluar dari Malaysia.
 
Beliau berlepas meninggalkan bangunan kedutaan itu menaiki kereta Jaguar berwarna hitam.
 
Kang Chol dijadual berlepas ke luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.
 
Kawasan kedutaan itu menjadi tumpuan pihak media tempatan dan antarabangsa yang 'berkampung' di sini sejak beberapa hari lalu.
 
Kang Chol yang diumum kerajaan sebagai persona non grata (orang tidak dikehendaki) sejak Sabtu ekoran mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap Malaysia berhubung siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
 
 

Tiada ulasan: