Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran mengesahkan pembayaran semua cukai itu sudah diterima JKDM hari ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membenarkan permohonan untuk menarik balik 16 pertuduhan gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap jutawan kosmetik, Dr Hasmiza Othman.
Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu selepas pengasas Vida Beauty yang dikenali sebagai “Datuk Seri Vida” membayar semua cukai berjumlah RM4,246,029.10 pagi tadi.
Memetik laporan Sinar Online, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran mengesahkan pembayaran semua cukai itu sudah diterima JKDM hari ini.
Hasmiza diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abbas.
Jutawan kosmetik itu sebelum ini menghadapi 16 tuduhan gagal membayar GST dari 1 April 2015 hingga 31 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014.
Mahkamah hari ini turut mengarahkan supaya pasport antarabangsa miliknya yang diserahkan kepada mahkamah sebelum ini dikembalikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan