ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Skop tugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang begitu 'sensitif' menyebabkan Malaysia masih belum bersedia melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata pihaknya tidak
mahu dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul
berhubung pembaharuan berkaitan pendaftaran pengundi.
"Terdapat perkara kadang-kadang kita rasa tidak begitu serius tetapi
diambil serius oleh pihak tertentu.
Apatah lagi kalau kita buat sesuatu pembaharuan, kalau kita tak bersedia dengan pembaharuan, kita buat, maka banyak perkara yang boleh timbul," katanya.
Apatah lagi kalau kita buat sesuatu pembaharuan, kalau kita tak bersedia dengan pembaharuan, kita buat, maka banyak perkara yang boleh timbul," katanya.
Mohd Hashim berkata demikian ketika menjadi tetamu Slot Khas Ekspresi
terbitan Bernama Radio bertajuk 'Mengundi dan Tanggungjawab Sebagai
Warganegara' di Wisma Bernama, di sini.
Beliau berkata walaupun terdapat gesaan supaya SPR menjalankan sistem
pendaftaran pengundi secara automatik, pihaknya yakin sistem pendaftaran
pengundi sedia ada masih efisien.
Dalam pada itu, katanya SPR sentiasa berusaha memudahkan proses
pendaftaran pengundi termasuk turun ke kawasan pedalaman menggunakan
pacuan empat roda sejak dua tahun lepas.
Mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, Mohd Hashim berkata
SPR hanya mengambil kira bantahan terhadap persempadanan semula yang
relevan, iaitu dikemukakan pengundi sesuatu kawasan terlibat dalam
cadangan persempadanan semula itu.
"SPR akan lihat secara keseluruhan dan akan klasifikasikan dari aspek sama ada bantahan itu relevan atau tidak.
Kalau ia dibantah kepada satu-satu kawasan yang tidak disentuh, jadi dia bantah untuk apa, ini kita tolak," katanya.
Beliau berkata selain bantahan daripada kerajaan negeri dan pihak
berkuasa tempatan, pihak ketiga yang boleh membuat bantahan ialah
sekurang-kurangnya 100 pengundi bagi setiap satu kawasan terlibat boleh
mengemukakan bantahan secara rasmi.
Pada 8 Mac lepas, SPR menerbitkan satu cadangan persempadanan semula
yang dikemas kini bagi Semenanjung Malaysia selepas selesai inkuiri
tempatan selama empat bulan untuk mendengar bantahan terhadap cadangan
awalnya.
Semua pihak diberi tempoh sebulan bermula 8 Mac sehingga 7 April ini untuk mengemukakan bantahan masing-masing kepada SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan