Selasa, 13 November 2012

Tindakan ‘Kluk-Klek’ PBSNT Akan Malapkan Bola Sepak Musim Depan

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/futsalkawad.jpgKUALA TERENGGANU – Tindakan tergopoh-gapah, tidak konsisten dan keras kepala Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menyebabkan peminat bola sepak mungkin menghadapi satu musim ‘malap’ yang berulang .

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tindakan memecat Butler selaku Ketua Jurulatih pasukan bolasepak Terengganu dan mengambilnya semula sebagai jurulatih T-Team akan meninggalkan kesan kepada para pemain.

“pada 17 September 2012, gantung Butler……. Kemudian pecat, sebab dakwa Butler menyalahi peraturan walaupun Butler masih ada kontrak , kemudian tak jadi pulak….tarik balik pemecatan,

“lepas tu heboh….. pada 25 Oktober, 2012…..satu dunia buat kenyataan nak ambil bekas pemain Liverpool Robbie Fowler nak jadi jurulatih T-Team…… tiba-tiba tak jadi pulak,

“hari ini ambil semula Butler jadi pulak jurulatih T-Team…….. ini (kluk-klek) keputusan apa ni,”soalnya

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media semalam 12 November, yang menyatakan ‘Kemelut Butler’ selesai dengan perlatikan semula jurulatih itu yang dipecat pada 20 September lalu.

[Gambar - Ustaz Mohd Nor menyampaikan hadiah kepada Haji Ahmad Redza, Timbalan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) selepas perlawanan persahabatan antara DPPNT dan KAWAT tidak lama dulu]
Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata, beliau difahamkan ketika bekas Ketua Jurulatih Mat Zan Mat Aris direhatkan kemudiannya ‘dipecat’ dan Butler dilantik, Mat Zan masih dalam kontrak.

Akibatnya, kata beliau PBSNT rugi kerana terpaksa membayar pampas an kepada Mat Zan sebagaimana yang diputuskan dan diarahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 8 November lalu.

Oleh itu, beliau menggesa supaya dibuat satu rombakan besar-besaran dalam PBSNT sejajar dengan tuntutan para peminat bola sepak Terengganu.

“ada sesuatu yang tak kena dalam pembuat dasar PBSNT, Mat Zan ‘dipecat’ semasa masih dalam kontrak dan Butler dilantik sedangka kontrak Mat Zan masih berjalan,

“tiga hari selepas buat keputusan gantung, Butler di pecat kemudian kecoh pulak pasal tuduh pemain ‘rasuah’ sedangkan ia tidak berlaku,

“nampaknya ‘orang besar’ dalam PBSNT sudah hilang kawalan, jadi wajarlah dirombak dan sesiapa yang sudah tidak mampu melaksanakan tugas, letak jawatan.....,”tegasnya.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Terengganu mengikuti perkembangan kemerosotan pasukan bolasepak Terengganu pada musim lalu secara serius dan kesal ada ‘tangan-tangan politik’ yang jelas campurtangan dalam urusan bola sepak.

Katanya, selaku seorang wakil rakyat beliau memandang berat wang rakyat sebanyak RM6 juta yang dibelanjakan sebanyak RM3 juta untuk T-Team dan RM3 juta untuk pasukan negeri, sedangkan hasilnya tidak ke mana.

Soal rasuah dan penyelewengan juga, katanya, menyebabkan arena bola sepak Terengganu ‘tercemar’ apabila Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh dan pasukan Terengganu terpaksa menggunakan ‘premis tua’ Stadium Sultan Ismail, yang sudah ‘dihapus kira’.

Tiada ulasan: