Sabtu, 17 November 2012

Majlis Syura sentiasa pantau dasar PAS

 
Pandangan individu kadang-kala terbawa ke luar, mungkin tidak sedar ada pihak lain menggunakan kesempatan dalam hal tersebut.



PETALING JAYA: Majlis Syura PAS sentiasa memantau sama ada parti itu mematuhi atau telah  melanggar dasar yang ditetapkan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din.

Beliau berkata, sehingga sekarang dalam mesyuarat Majlis Syura PAS, tidak ada masalah besar tetapi hanya bergema selepas mesyuarat berakhir atau di dalam media.

“Orang seperti ini tidak pernah memberi pandangan dalam mesyuarat,” katanya ketika menjawab solan dari wakil PAS Kalabakan, Sabah.

Harun berkata, pandangan individu kadang-kala terbawa ke luar, mungkin tidak sedar ada pihak lain menggunakan kesempatan dalam hal tersebut.

Sementara itu,  beberapa perwakilan mula membahaskan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertajuk Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.

Wakil Terengganu, Azman Ibrahim, PAS negeri mahu kembali memerintah negeri itu dalam pilihanraya umum ke 13.

Katanya, ia adalah gambaran dari kejayaan perhimpunan besar di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada 2004, ramai yang menyindiri tetapi kini isu pengundi hantu yang menyebabkan kekalahan PAS sindiri . mempertikaikan PAS.

Perlis tegur Pemuda

“Negeri ku masjid kena sodok, wakil rakyat bahang tanah, tanah kena rampas,” katanya.

Azman juga menyindir kerajaan negeri Terengganu yang dianggapnya sebagai berani dengan rakyat sendiri tetapi takut kepada kerajaan Pusat.

“Di mana slogan Terengganu Nelang,” kata beliau.

Pemimpin itu merujuk kepada tindakan kerajaan BN negeri itu yang menarik balik saman yang dibuat oleh kerajaan PAS ketika memerintah Terengganu berhubung isu royalti minyak.

Kerajaan Pusat menarik balik royalti minyak Terengganu selepas PAS merampas negeri itu dalam pilihanraya umum 1999.

Manakala wakil Perlis, Yaakob Abu Seman menegur Pemuda kerana menurutnya tidak ada agenda khusus yang diperjuangkan oleh pergerakan itu.

“Kalau nak bawa isu artis, buat isu artis,” katanya

Tiada ulasan: