Rabu, 28 November 2012

Kerajaan PR Selangor perkukuh syiar Islam

Roketkini.com



SHAH ALAM: Usaha Kerajaan PR Selangor meninggikan syiar Islam diteruskan apabila menyumbang RM1,250 setiap minggu kepada 192 surau yang melaksanakan solat Jumaat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pada masa yang sama kerajaan negeri menyediakan peruntukan kepada setiap masjid di seluruh negeri.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan PR Selangor yang diterajui PKR, DAP dan PAS meminggirkan usaha meninggikan syiar Islam di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kawasan yang terbanyak menerima sumbangan adalah Hulu Langat diikuti Petaling Jaya dan Klang.

“Kerajaan negeri sudah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari segi penggunaaan surau dan masjid untuk mengadakan solat Jumaat,” katanya Abdul Khalid yang juga ADUN Ijok.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan terhadap program pengimarahan masjid dan meningkatkan syiar Islam seperti  penganjuran forum dan seminar di peringkat daerah serta Konvensyen Masjid Negeri Selangor, lawatan Kerajaan Negeri ke negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Syria.-Roketkini.com

Tiada ulasan: