Shahbudin Husin
Doa
yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan
diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena
Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini
mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.
Doa
itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan
Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah
supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya
Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.
Sementara
Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah
melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah,
menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan
kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk
mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup
mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya.
Sehingga
kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan
mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO
tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas.
Najib
sendiri turut menggunakan isu doa ini untuk mengaitkan Pas sebagai
tidak Islamik kerana menurut PM, doa biasanya hanyalah untuk meminta
panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesejahteraan sahaja dan
bukannya meminta dimusnahkan pihak lain.
Sebagaimana
yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir
yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa
dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa
dan di luar jangkaan boleh berlaku.
Namun doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
Itulah
kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga
disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah
tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat
digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.
Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian.
Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian.
UMNO juga
boleh berdoa untuk kehancuran Pas jika mereka merasakan Pas menzalimi
mereka. Soal sama ada doa itu akan dimakbulkan atau tidak, itu adalah
ketentuan Allah.
Sebagai
parti Islam yang didokong oleh ramai ulama serta pencinta agama, Pas
tidak mungkin berdoa untuk kehancuran atau kekalahan UMNO dalam
pilihanraya jika persaingan yang diterima selama ini masih dalam
lingkungan serta batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.
Pas
tentulah ada alasan serta hujah tersendiri dengan berdoa demikian
kerana hanya mereka yang mengalaminya. Orang yang yakin kepada Allah,
berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Sang Pecipta adalah nikmat
yang tak terhingga rasanya.
Bagi UMNO
pula, reaksi yang keterlaluan terhadap doa itu hanya memperlihatkan
nereka berada di pihak yang salah dan seolah-olah takut doa itu akan
dimakbulkan Allah. Jika UMNO dan para pemimpinnya sentiasa berasa di
jalan yang lurus, sentiasa menegakkan hukum Allah, memerintah dengan
adil dan amanah, tidak rasuah,tidak makan harta rakyat, tidak menindas,
tidak menganiaya, tidak melakukan fitnah dan sebagainya, tidak ada apa
yang ditakutkan dengan doa itu.
Hanya orang salah saja yang takut dengan doa kehancuran itu.
Dalam
sejarah Islam sendiri, sebagaimana yang disebut oleh bekas Mufti
Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, ada meriwayatkan beberapa peristiwa
bagaimana orang berdoa kepada Allah kerana merasa dizalimi serta minta
diberi pembalasan dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah.
Doa Pas
meminta Allah menghancurkan UMNO sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun,
Namrud dan Abu Lahab adalah jelas bahawa doa itu dipohon sekiranya
tahap kerosakan, penganiayaan, kemungkaran serta penolakan terhadap
hukum-hukum Allah yang dilakukan UMNO sudah sampai ke tahap yang pernah
dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu.
Makanya, tiada salah dan cacatnya doa itu.
Yang
pentingnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya. Allah maha
mengetahui. Tidak peru risau, takut atau mengelabah dengan doa Pas itu
jika UMNO dan pemimpinnya berada di landasan yang betul dan lurus selama
ini.
Tetapi
jika UMNO dan pemimpinnya memberi reaksi yang berlebih-lebih dan
ketakutan yang melampau ditunjukkan terhadap doa itu, ia hanya
menunjukkan doa Pas telah pun dimakbulkan lebih awal dari yang
sepatutnya.
1 ulasan:
Dr Maza juga menyokong doa kita, biar BN dengan perangai mereka
guru tampar murid, keluarga ditawar wang tarik balik laporan
Catat Ulasan