KOTA BHARU - Di sebalik kemelut isu perpindahan penyerang prolifik,
Norshahrul Idlan Talaha, ada nada positif dari Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa) apabila bersedia untuk merungkai segala masalah yang
timbul.
c berkata, bagi tujuan tersebut, beliau telah berhubung dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan menerangkan prosedur dan masalah yang berbangkit.
“Saya serahkan pada mereka untuk buat keputusan sebab kami tidak tutup pintu untuk (perpindahan) Mat Yo, saya tidak halang beliau nak pergi. Cuma saya cadangkan biar semuanya mengikut peraturan dan prosedur yang betul.
“Perkara ini kena bincang empat mata dan jika kelab nak, dia kena minta (pindah) lah. Sekarang Kafa hanya boleh tunggu, (bagaimanapun) Mat Yo masih ada kontrak. Pada saya dia kena duduk dan bermain di sini sampai tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga penyokong The Red
Warriors, Ahmad Zamani Md Salleh yang meninggal dunia akibat masalah
pernafasan dan komplikasi penyakit paru-paru, Oktober lalu.
Norshahrul dalam kenyataannya kelmarin merayu agar Kafa tidak
merumitkan urusan perpindahannya ke Johor dan melihat penghijrahan itu
dari sudut positif termasuk memikirkan masa depannya.
Mengulas mengenai pembahagian bonus, Annuar menegaskan pihaknya
menyediakan 'hadiah’ yang cukup besar, namun sekali lagi menegaskan
mereka mengambil faktor kesetiaan dalam mengagihnya.
“Semua dah jelas dalam kontrak, semuanya hak persatuan (untuk agih),
kami nak bagi duit, umrah, pakej percutian ke Australia, tanah dan
banyak lagi.
“(Namun) kami belum putuskan siapa yang dapat tanah, umrah dan
sebagainya, tetapi setiap pemain mesti dapat hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kesetiaan tu penting dan mesti ada perbezaan antara pemain
setia dan sebaliknya.
Annuar berkata, apa yang dilakukannya bukan mendera pemain, sebaliknya
tindakan itu mengikut peraturan, selain berlaku adil kepada
pemain-pemain lain.
Malah, beliau mengharapkan pemain yang keluar dari pasukan menjadi legenda bola sepak di negara ini.
“Saya fikir tentang kebajikan pasukan kerana orang yang tidak setia dan
setia ni tidak sama. Ibarat kapal yang hampir tenggelam disebabkan
seorang yang membocorkannya.
"Pada masa yang sama, saya juga bagi kebebasan kepada mereka
(berpindah), saya minta kepada peminat dan penyokong sekarang supaya
bersabar dan menunggu keputusan yang akan dibuat nanti kerana semuanya
masih terlalu awal, biarlah kami selesaikan dahulu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan