"Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua.
"Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di akhir Muktamar Tahunan Pas ke-58 hari ini.
Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman dalam hudud di mana orang Islam akan dihukum sementara bukan Islam sebaliknya akan menyebabkan ketidakdilan berlaku.
Bercakap di Kota Kinabalu semalam, Dr Mahathir berkata, Pas harus memperjelaskan tafsiran mengenai pelaksanaan hukum hudud.
Pelaksanaannya, kata Dr Mahathir, harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.
"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.
"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.
Menempelak hujah Dr Mahathir itu, Hadi memberikan contoh hukum hudud yang berkait dengan hukum minum arak.
"Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya.
Bahkan Hadi turut memperlekehkan Dr Mahathir yang mahu bercakap tentang isu agama dengan berkata, "dia cakap pasal perubatan sajalah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan