MALAYSIA KINI
Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja
orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh
jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam), lapor Harakahdaily.
Beliau dilaporkan berkata, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.
"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagi tau dia.
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.
Harakahdaily memetik beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Kota Bharu hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu juga dilaporkan berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.
"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.
"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi, lapor Harakahdaily.

2 ulasan:
Masalahnya umat Islam di Malaysia khususnya pemimpin PAS TG Nik Aziz sentiasa mengatakan PAS itu Islam! Apakah parti yg menentukan Islamnya sesorang! Kalau di negara Arab mereka tak masuk pun PAS, malah tidak ada pun parti bernama PAS.
Dulu kata perjuangkan Islam kini tukar negara kebajikan kerana DAP dan PKR. Kalau tak ubah bagaimana masyarakat Islam nak terima DAP dan PKR yang semua tahu adalah syaitan.
Lebih menyedihkan adalah PAS rela mendoakan agar UMNO/BN musnah sedangkan DAP tak pernah pun mendoakan MCA hancur kat tokong mereka! Apa ajaran PAS sekarang?. Bayangkanlah kalau ada dalam keluarga masing-masing berbeza politik, ada PAS dan UMNO adakah kita mahu melihat saudara sedaging kita musnah hanya kerana parti.
TG Nik Aziz telah jauh menyimpang. Nurul Izzah kata orang Melayu bebas memilih agama pun tak dikutuk malah dipuji hanya kerana DAP dan PKR!.
Tidak lama lagi maka hancurlah Melayu dan Islam hanya kerana politik sempit, perebutan kuasa dan nafsu syaitan.
Inilah orang kata memang ramai Islam di Malaysia khususnya kalangan PAS, tapi apakah mereka akan mendapat rahmat ALLAH dan masuk syurga. Muga ALLAH membuka hati-hati ke jalan yg benar.
Siapa yg SYAITAN sebenar...
Allah S.W.T menyebut (mafhumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.”
(Surah ali-Imran, 91).
Catat Ulasan