Isnin, 12 Mac 2012

Umno gunakan Wan Azizah untuk mempertahankan Shahrizat


KUALA LUMPUR— Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata kepada pemberita bahawa keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno.

“Apabila Anwar dipenjarakan, Wan Azizah meneruskan jawatan sebagai Presiden. Mereka (keluarganya) hanyalah dituduh, belum lagi didapati bersalah. Jadi mengapa meletak jawatan?” kata Timbalan Menteri berkenaan merujuk kepada pertuduhan penyalah gunaan kuasa oleh Anwar pada 1998 selepas di singkirkan daripada jawatan timbalan Perdana Menteri.

Shahrizat pada November lalu turut mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Presiden PKR atas kesalahan jenayah yang dilakukan suaminya sekiranya beliau dipaksameletak jawatan sebagai menteri terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta.

Amad turut menambah hari ini bahawa Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat disebabkan kontroversi terhadap kerajaan, bukannya parti.

“Beliau membuat keputusan tersebut kerana beranggapan perkara itu akan memberikan kesan kepada kerajaan persekutuan,” katanya.

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisahmuddin Hussein turut mempersoalkan “berapa ramai pemimpin pembangkang ... berani untuk melakukan perkara sama yang telah dilakukan Shahrizat?”

Perletakan jawatan Shahrizat itu dibuat selepas empat bulan setengah pendedahan-pendedahan dibuat terhadapnya kerana menggunakan dana awam melalui Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) bagi membeli RM62 juta tanah, hartanah, dan pernelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu.

PKR dan DAP serta merta menuntut beliau meletak jawatan dalam parti dan bukannya menipu rakyat dengan mengumumkan perletakan jawatan “separuh hati”.

NFCorp ditugaskan untuk menguruskan projek penternakan lembu itu dipengerusikan oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.

Projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan, telah dianugerahkan kepada syarikat tersebut pada 2006, yang mana Shahrizat merupakan ahli Kabinet pada ketika itu.

Beliau sebelum ini telah menolak gesaan meletak jawatan daripada pemimpin Umno termasuklah daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan beliau “hanyalah isteri” kepada Salleh, dan tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap entiti tersebut.

NFC menjadi topik hangat setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Nagara 2010 menyatakan projek berkenaan gagal mencapai sasaran.

Polis turut mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFC atas tuduhan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak berkuaa itu menjalankan siasatan dengan lebih terperinci.

Namun demikian, The Malaysian Insider difahamkan bahawa mereka akan didakwa di mahkamah hari ini.

Shahrizat telah dilantik sebagai menteri pada 2001 dan mengekalkan jawatan berkenaan sehingga 2008, apabila beliaun tewas dalam pilihan raya umum.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berkenaan hal ehwal wanita dan pembangunan sosial, sebelum menyambung semula portfolio Kabinetnya setahun kemudian.

Tiada ulasan: