Rabu, 7 Mac 2012

Umno arah jentera PRU digerakkan pada 'gear lima'


MALAYSIA KINI
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno, bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Pilihan raya umum akan tiba tidak lama sahaja lagi dan 8 Mac ini genap empat tahun penggal pilihan raya umum yang ke-12. Pilihan raya jarang melangkaui jauh melebihi empat tahun.

NONE"Oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi. Perdana Menteri sedang mencari ilham (bila tarikhnya). Tidak mungkin ia sampai lima tahun," katanya berucap pada majlis penerangan pemimpin dan anggota Umno dan BN Perlis, di Kangar malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut meminta anggota Umno dan BN agar menjelaskan kepada rakyat akan pentingnya BN diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, hanya dengan cara ini sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh meneruskan usaha melaksanakan pelbagai program transformasi yang dirancang kerajaan.

"Jangan biarkan rakyat terpengaruh dengan janji pembangkang yang jelas hanya janji kosong kerana gagal dilaksanakan di negeri yang ditadbir mereka," kata Ahmad. Bernama

Tiada ulasan: