Menteri Besar memberitahu perkara ini ketika sesi penggulungan sidang dewan negeri Selangor petang tadi.
Sekitar Dun Selangor
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata angka perbelanjaan ubah suai pejabat yang dilakukan bekas exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hasan Ali adalah sebanyak RM329,000.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan sidang dewan negeri Selangor di sini petang tadi.
Abdul Khalid berkata Adun Sri Kembangan Ean Yong Hian Wah membelanjakan sebanyak RM146,000 diikuti dengan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail RM119,000 untuk perkara yang sama.
Selain Hasan, Ean dan Rodziah antara exco yang membuat ubahsuai pejabat adalah Iskandar Abdul Samad sebanyak RM21,000, Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Elizabeth Wong dan Teresa Kok (kurang dari RM25,000) dan Dr Xavier Jayakumar (M70,000) manakala Halimah Ali tiada rekod memandangkan beliau tidak membuat sebarang ubah suai pejabat.
“Saya tidak halang guna dana untuk tujuan sedemikian. Tapi saya terkilan jika wujud orang ini hendak buat….akan ada orang lain juga hendak buat benda sama. Ini berkaitan dengan prinsip,” katanya.
Menerusi rekod ini, Hasan Ali masih merupakan bekas exco yang menggunakan perbelanjaan ubai suai pejabat yang tertinggi berbanding lain.
Angka perbelanjaan mengubah suai pejabat ini dibangkit Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) pada sidang dewan 23 Mac lalu yang mendakwa Hasan Ali menggunakan RM300,000 untuk tujuan berkenaan.
Namun perkara itu dinafikan oleh Hasan Ali semalam sambil menuding jari kepada Xavier dan Halimah sebagai exco yang menggunakan perbelanjaan lebih tinggi untuk tujuan sama.
Hasan Ali tidak ikut tatakelola
Sementara itu, Abdul Khalid mendakwa Hasan Ali tidak menjalankan tatakelola kerja yang ditetapkan terutama membabitkan pelbagai kontrak prasarana dibawah tanggungjawab exco yang dipegang beliau.
Katanya, Hasan Ali didakwa campurtangan dalam pemilihan kontraktor bagi projek prasarana di Selangor.
“Kita terima laporan audit dan menunjukkan Hasan Ali campur tangan dengan cuba cadang dan tentukan siapa kontraktor yang sepatutnya dapat projek. Biasanya tiada konflik kepentingan peribadi dalam pemilihan nama kontraktor.
“Saya baru dapat satu beban…dengan beban ini saya dapat buktikan Hasan Ali tidak mengikut tatakelola yang ditetapkan,” jelas beliau.
Adun Kuang perlu sedia dipanggil SELCAT
Menyentuh mengenai kerugian yang dialami oleh anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), beliau berkata Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) perlu bersedia dipanggil oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
Ini menurut beliau, Abdul Shukor yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah PKPS perlu menjelaskan kerugian lebih RM35 juta yang dialami syarikat anak kerajaan negeri itu.
“Adun Kuang pernah jadi lembaga pengarah PKPS dan beliau antara mereka yang buat keputusan. Sedangkan PKPS sudah hilang lebih RM35 juta. Beliau perlu sedia berdepan dengan SELCAT, kerana sebagai pengarah tak kan beliau tidak tahu langsung? soal beliau.
“Belum lihat rekod beliau pergi ke Korea sedangkan projek salad yang dilakukan tidak laku,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan