Isnin, 26 Mac 2012

Tanda bersalah dari keluarga Shahrizat: Taktik melengah-lengah utk bantu individu berprofil tinggi?

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle


TERKINI Tujuan utama siasatan Jawatankuasa Public Accounts ialah mencari bukti,sekiranya ada bagi sebarang salahlaku, penyiasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis dan jika didapati tiada bukti,maka tiada sebarang masalah dan sebarang syak wangsa perlu di lupakan saja.

PAC bukan nya mahkamah untuk mengadili atau menghukum seseorang. Walaupun jika ada bukti, terserah kepada mahkamah untuk menentukan keputusan setelah perbicaraan yang adil. Sebenarnya, PAC ialah satu peluang untuk mereka yang disoalsiasat bagi membersihkan nama mereka. Dalam mana mana peniasatam biasa, seorang individu yang tidak bersalah tidak sepatutnya rasa takut disoal dan haruslah menjawab dengan penuh terperinci bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Tapi jika individu itu hendak menyorokkan sesuatu, sudah tentu lah dia keberatan untuk bekerjasama dalam mencari kebenaran,

Hakikat kehidupan: Mengigit tangan yang menyuap mereka

Ini hakikat kehidupan dan dalam kes rasuah melibatkan RM250juta NFC, setakat ini hanya seorang individu yang memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia iaitu Shamsulbahrin Ismail, salah seorang yang membuat pendedahan yang mendakwa Pengerusi NFC,Salleh Ismail meminta nya merasuah pihak polis dengan wang RM1.8 juta untuk mempengaruhi hasil siasatan berkenaan jenayah pecah amanah.

Suami kepada ketua Wanita Umno Sharizat Jalil, Salleh dan 3 anak merela dijadualkan menghadiri sesi soalsiasat PAC berkenaan NFC pada hari Selasa.Tapi mereka tidak hadir dan hanya menghantar 2 peguam dan seorang pengurus pentadbiran.Suami dan anak-anak Shahrizat ialah pengarah NF Corporation,sebuah firma kepunyaan keluarga yang diberi projek pembiakan lembu oleh kerajaan BN dalam tahun 2006. Sebab yang diberi untuk tidak hadir ke PAC ialah Salleh telah di dakwa dengan tuduhan jenayah pecah amanan oleh yang demikian dia tidak mahu wujud prejudis dalam kes nya. Pengamal undang-undang bagaimana pun tidak percaya dan berpendapat kelaurga itu hanya memberikan alasan.

Berita terbaru dilapurkan bahawa Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan PAC menghentikan siasatan dengan alasan ia nya satu pencetus sub judice kepada persepsi rakyat terhadap satu konspirasi politik besar oleh pemimpin tertinggi UMNO bagi menutup kes NFC. “ Pada mulanya saya benarkan ia di baca tapi sekarang isu ini telah dibawa ke mahkamah,maka saya tidak boleh berbuat sesuka hati saya.Ia tidak boleh dibincangkan kerana telah dibawa ke pihak pengadilan,”kata Pandikar.

Bagi keluarga Shahrizat, keengganan hadir ,bukankah ini satu tahap keangkuhan dan secara terbuka menghina rakyat yangmana Shahrizat terhutang budi dalam kareer politik dan keluarga nya, cara hidup mereka dari dana yang membiayai projek NFC?Malah beliau membesar besarkan perkara bagaimana beliau 3 kali mengerjakan Umrah dalam masa 3 bulan, agak pelik bagaimana Shahrizat gagal memahami hal ini dan enggan menunjukkan rasa berterima kasih nya kepada rakyat dan negara yang telah membiayai beliau dan kelaurga beliau selama ini.

Tidak kisah nak menutup kesan jejak mereka

Setakat ini.para pengarah NFC telah terbuksi silap dalam semua langkah mereka dalam kes tersebut. Setiap kali mereka mempertahan tindakan mereka, ia gagal kerana alasan yang tidak kukuh sehingga sukar untuk dipercayai. Mereka tiada pengalam menjalankan ladang ternakan lembu dan tiasa pengetahun dalam perniagaan, mereka tidak sepatutnya diberi projek tersebut oleh kerajaan BN. Ketika mereka berjaya dalam proses tender tersebut, mereka sepatutnya menolak jika mereka orang yang berprinsip bagi memberi peluang kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Samada Salleh berkata benar atau tidak, beliau bertegas menyatakan beliau tidak sedar beza anatara firma NFCorp kepunyaan keluarganya dengan NFC sebuah entiti kerajaan. Ini menyebabkan beliau sangka kan keluarga nya boleh membelanjakan wang sesuka hati mereka.Apakah jenis pembelaan yang begini? Jika seorang pembunuh berkata beliau boleh dihukum kerana membunuh, adakah ini bermakna beliau tidak bersalah kerana membunuh? Bagi seorang yang mempunyai kuasa sebagai pimpinan NFC, alasan lemah sedemikian membodoh-bodohkan rakyat , dan juga dirinya sendiri dan keluarga.

Mungkin inilah sebabnya keluarga Shahrizat mengelak dari menghadiri siasatan PAC pada hari Selasa. Bagaimana mereka boleh jadi terlalu jahil sehingga tidak tahu ini akan menimbulkan persoalan yang jelas? Tapi apa jawapan yang boleh mereka berikan kerana penjelasan paling bijak ialah selama ini mereka memamng sedar apa yang mereka lakukan dan tidak pernah kisah untuk menutup jejak mereka kerana mereka fikir akan dilindungi oleh presiden parti PM Najib Razak.

Adakah keluarga Sharizat hanya pelakon barisan hadapan?

Isu dan pendedahan oleh Rafizi Ramli, ahli strategi dari PKR adalah keterlaluan untuk menahan kemarahan rakyat dan pendedahan itu mengandungi banyak kebenaran untuk Najib mengelak dari siasatan umum.

Walaubagaimanapun, jikalau keluarga Shahrizat telah tiada, PAC yang didominasi oleh BN, dijangka akan lebih ‘mesra’ terhadap mereka. Ramai percaya keluarga Shahrizat dengan niat ,secara sengaja terus menerus menjadikan NFC sebagai perniagaan keluarga ,daripada meluaskan perniagaan dan menggaji para professional, kerana mereka mahu mengawal dan memanipulasi syarikat dan akaun syarikat tersebut. Ada yang mengatakan mereka hanya boneka kuasa yang lebih besar dari Shahrizat dalam UMNO dan berkelakuan demikian bagi mengikut kehendak dan arahan dari atas.

Jika tidak, bagaimana para pengarah yang semuanya berpendidikan dari universiti, boleh menjadi bodoh sehingga penyalahguna dan menyalurkan wang pinjaman dari kerajaan sebanyak RM250 juta, bagaikan wang tersebut diwarisi oleh mereka?Sudah tentu Sharizat, seorang peguam terkenal sebelum menceburi arena politk, telah menjaga hal ehwal keluarga nya dan sekurang kurang nya memberi nasihat bagi melindungi mereka. Inilah salah satu sebab mereka dalam UMNO percaya ada seseorang yang berkuasa disebalik projek ini, manakala Sharizat dan keluarga nya cuma pelakun barisan hadapan.

Prasangka makin kuat bila Najib mencuba berbagai cara untuk sembunyi, elak,nafi, beri alasan dan lindungi malahan menutup mata kepada masalah ini. Mungkin sudah terlambat.Namanya sudah terbabit dan ada khabar yang menyatakan keluarga Shahrizat membeli sebuah apartmen mewah berharga RM1.7juta sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Najib.

Belajar dari yang lain

Mungkin sebab ini lah pengarah NFC berani tidak hiraukan PAC. Selain dari angkuh dan tidak mengenang budi terhadap hidup senang lenang dari peluang yang mereka ada, mereka harusnya ada motif jelas dan idea apa yang harus dilakukan seterusnya. Salah satu motif sudah tentu untuk melindungi ‘orang atasan’ atau melengahkan hal ini sementara mereka menunggu ‘big boss’ mencari penyelesaian.

Kita telah lihat banyak contoh mereka yang sedia dipergunakan oleh yang berkuasa, berakhir dengan mereka sendiri menjadi mangsa keadaan. Contoh jelas ialah kes bunuh Altantuya dimana 2 orang pegawai polis ,yang mendapat arahan orang atasan sebelum membunuh Altantuya dengan kejam, kini mereka menunggu hukuman gantung.

Hal yang sama sekarang berlaku kepada keluarga Shahrizat.Mereka tiada pilihan tapi bersubahat dengan orang seperti Najib kerana sebagai PM, beliau cukup berkuasa untuk selamatkan mereka.Bagaimanapun, jelasnya aset –aset mereka telah dibekukan dan skim cepat kaya melalui NFC akan membankruptkan mereka.

Berapa lama agaknya pengarah NFC cuba lengah lengahkan masa dari bersemuka dengan PAC? Eric Chia yang terkenal dengan kes Perwaja, yang dilindungi oleh Mahathir Mohamad, tidak dapat lari.Dia di hukum walaupun dengan hkuman ringan.Hal yang sama kepada mantan Presiden MC Ling Liong Sik, yang menghadapai tuduhan dalam skandal PKZ berjumlah RM12.5 bil, beliau bertegas menyatakan beliau hanya kambing hitan untuk orang atasan.

Pengarah NFC patut ambil ikhtibar dari semua contoh tersebut dan berhenti dari mmebuang masa dan duit rakyat. Ansuran pertama pinjaman RM250juta belum dilunaskan, dan mereka masih terus berani menyerang balas kritikan terhadap mereka dan menyalahkan pembangkang.adakah pemangkang yang mengajar Shahrizat dan keluarganya menyalahguna dana kerajaan dan beli kondo mewah untuk diri mereka sendiri?

Melengahkan skandal untuk seseorang

Dipendekkan cerita,keluarga Shharizat menyembunyikan seseorang yang berkuasa, yang mereka fikir akan membantu mereka keluar dari maslaah ini. Atas sebab tertentu, seseorang ini mahu melengahkan penyelesaian isu NFC.Ya, seseorang ini lebih suka pembangkang menjadikan isu NFC senjata pemusnah terhadap UMNO.Siapa orang ini dan apa tujuan beliau berbuat demikian?

Some say it is Najib Razak and his motive is to use the NFC mess as excuse for delaying the 13th general election, which he had previously hinted could be held in May or June. But if the Shahrizats remain stubborn, the scandal won't blow away. It would drag on and be a real liability to the UMNO, especially when the campaigning for GE-13 kicks off.

Ada yang kata beliau ialah Najib Razak dan motifnya menggunakan NFV sebagai alasan melengahkan pilihanraya umum 13, yang pada awalnya diramalkan berlangsung dalam bulan Mei atau Jun. Jika keluarga Shahrizat berdegil, skandal ini tidak akan selesai.Ia akan terus berlengah dan menjadi satu tanggungan kepada UMNo terutama bila kempen pilihanraya 13 bermula.

Ia jadi satu alasan kukuh untuk Najib mmeberitahu jawatankuasa tertinggi UMNO mengapa beliau ‘tiada pilihan’ dari membuat silap demi keselamatan dan tangguhkan PRU 13 ke tarikh lain- mungkin selepas pemilihan UMNO yang dijadualkan tahun ini. Untung untuk Najib kerana beliau boleh terus memegang kuasa lagi,membolehkan beliau mendapat habuan dari beberapa urusniaga mega sebelum penggal pemerintahannya tamat pada awal 2013.

Bagi keluarga Shahrizat, bola kristal ajaib hanya menunjukkan rugi. Cuma mereka yang boleh membantu diri mereka dari terus jatuh. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: