Mazlan Aliman, | |
Tindakan Kerajaan BN Sabah yang didalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul.
Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.
Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?
Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!
Saya dikawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!
Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.
Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.
Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.
Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.
Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.
Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.
Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.
Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.
Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.
Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!
Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.
Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.
Himpunan 123
Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam dilayan begitu buruk oleh Musa Aman.
Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.
Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?
Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan BN!
Apa salahnya di bawa masuk wakil2 NGO dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?
Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?
Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan?
Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'
Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib ditumbangkan!
-------------------------------------------
Penulis, AJK PAS Pusat, telah dihalang memasuki Sabah malam tadi. Beliau ditahan dan dihantar balik kemudiannya ke Semenanjung.
LAPORAN BERKAITAN
15 ulasan:
Lebih wajar jika kita boleh mendapat penjelasan daripada pihak imigresen tentang penahanan Mazlan.
Bukan pertama kali ada orang yang dihalang memasuki negeri kita, sudah pasti ada alasan yang baik kenapa arahan ini diberikan.
There is always a reason to why a certain person is prohibited to enter sabah.
imigresen Sabah mmg ada hak untuk menghalang sesiapa yang dari memasuki Sabah.
Sekiranya boleh memudaratkan rakyat Sabah pasti akan disekat kemasukannya.
Penahanan si Mazalan ni harus diperjelaskan. Kalau tak, alamatnya orang ramai akan fikir ini kes sabotaj!
Kalau betul si Mazlan ni tak diberi makan dan minum, huhu teruknya.. Ketara sangat nak kenakan Mazlan.
Apapun, jangan kita membuat kesimpulan yang -ve. Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada alasan munasabah.
Ada sebab mungkin kenapa dia ditahan oleh pihak berkuasa..
Things happened for reason.
Penahanan ini mesti ada sebabnya dan Mazlan Aliman usahlah memperbesar-besarkan isu ini. Jika kedatangan anda boleh menggugat keselamatan negeri ini, kerajaan negeri hanya mengambil langkah berjaga-jaga.
hebat sangatkah mazlan ni sampaikan KM sabah masuk campur menyekat kedatangan beliau?? berlagak hero.. buat tuduhan membuta tuli.. pandai2 dia kaitkan pihak itu ini menjadi dalang rampasan tanah dan menyekat kedatangan beliau sedangkan beliau sendiri tidak ada bukti selain menggunakan jalanraya untuk menguatkan tuduhan..
maju sangatkah kelantan yang telah ditadbir selama lebih 20 tahun oleh PAS?? sedangkan keperluan paling asas iaitu air bersih masih belum mampu diselesaikan.. malah dia minta 2027 untuk menyelesaikan masalah itu..
bagaimana dengan rampasan tanah penduduk di Kampung Sungai Raya, Kuala Betis seluas 720 hektar???
bagaimana dengan rampasan tanah penduduk di sekitar Lorong Gajah Mati Kota Bharu Kelantan oleh kerajaan negeri PAS yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan??
banyak lagi rampasan tanah yang dilakukan oleh kerajaan berkebajikan PAS tapi sengaja di diamkan oleh Mazlan Aliman..
memang patutlah Mazlan dihalang memasuki Sabah jika tujuan beliau ke negeri ini hanya memeriahkan suasana demonstrasi jalanan.. kami minta ahli2 politik selesaikan masalah rakyat Sabah melalui saluran mahkamah, bukannya melalui jalanraya yang hanya memberikan kelebihan kepada parti politik..
masalah rakyat Sabah bukan untuk dijadikan alat untuk kepentingan politik PAS.. jika parti lain boleh dapatkan peguam untuk rakyat Sabah, kenapa PAS hanya mengambil jalan mudah membawa masalah itu ke jalanraya??
Catat Ulasan