Selasa, 6 Mac 2012

Saman ISA: Tian Chua dakwa diugut oleh polis

Ahli politik pembangkang Chua Tian Chang mendakwa beliau diancam akan dikenakan hukuman berat jika mendedahkan butiran kaedah soal siasat dan soalan yang diajukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semasa dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu berkata demikian semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Naib presiden PKR itu juga mendakwa sepanjang penahanannya itu beliau juga dilarang daripada bercakap dengan bebas dengan ahli-ahli keluarganya.

"Saya diarahkan supaya perbualan hanya terbatas mengenai keadaan sel saya, makanan dan keadaan kesihatan saya," katanya kepada Hakim Datuk Lau Bee Lan.

azlanMenurutnya, beliau secara khusus diingatkan supaya tidak mendedahkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh penyiasat dan kaedah yang mereka gunakan, serta juga langkah-langkah keselamatan di pusat tahanan itu.

Chua, juga berkata beliau diancam bahawa hukuman berat menantinya jika beliau mengengkari arahan berkenaan, namun tidak pula dinyatakan bentuk hukuman itu.

Semasa dalam tahanan, Chua hanya dibenarkan bersama keluarganya sekali sahaja selama 45 minit, tetapi lawatan itu di bawah pengawasan yang cukup ketat.

"Seorang daripada penyiasat itu duduk bersama antara kami, dia akan mencelah dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kami daripada bercakap tentang keadaan dalam tahanan itu ataupun berhubung perkembangan politik di luar," katanya.

NONEKetika itu, beliau telah merengkuk selama dua bulan tanpa sebarang perbicaraan walaupun didakwa terbabit dengan aktiviti milita. Beliau kemudiannya dikenakan suatu perintah tahanan dua tahun.

Tian adalah antara plaintif dalam saman sivil yang diambil oleh sekumpulan bekas tahanan ISA terhadap kerajaan dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai (kiri) kerana didakwa memfitnah mereka.

Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.

4 ulasan:

Kris Jr berkata...

Diharap siasatan tu akan menunjukkan perkembangan yang baik.

Sanih Alias berkata...

Sekarang ISA sudah dimansuhkan maka tidak ada isu ISA lagi. Mungkin tahanan ISA sememangnya tahu akan kehidupan yang dihadapi selama tahanan.

Tanpa Nama berkata...

Penahanan tanpa bicara sememangnya tidak adil. ISA belum dimansuhkan. Pada tahun lalu dikatakan bahawa ISA hanya akan dimansuhkan tapi tidak ditentukan bila masanya.

Tanpa Nama berkata...

Chua sudah dedahkan apa yang dia tidak patut dedahkan melalui media.. jadi selepas ini tengoklah betul atau tidak beliau akan dikenakan hukuman berat.. kalau tidak ada apa2 tindakan dikenakan, bermakna pemimpin2 pembangkang zaman ini suka mengamalkan pembohongan dalam usaha mereka merampas kerajaan..