Rabu, 21 Mac 2012

Rakyat asing sertai demo Pengerang, dakwa Azalina

Anggota parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman hari ini mendakwa perhimpunan membantah pembinaan kilang petrokimia Petronas di tempatnya disertai rakyat negara asing.

umno supreme council special meeting 260809 azalina othmanBekas menteri perlancongan itu berkata, setelah membaca laporan di Internet berhubung peristiwa itu, belia turun menyaksikan tetapi mendapati tiada rakyat tempatan terlibat.

Dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Azalina berkata, perkara itu dapat dikesan melalui kereta yang menggunakan nombor pendaftaran negara asing.

Tanpa mahu menamakan negara itu, anggota parlimen BN itu berkata ia daripada negara jiran.

Pengerang, kawasan yang lesu di Johor, kelmarin dikejutkan dengan kehadiran 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

pengerang protest demo 180312Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa kerajaan BN bukan kerajaan yang kejam ... kerajaan negeri telah memberi jaminan bahawa pendapatan penduduk akan dijamin apabila mereka berpindah ke kawasan baru," kata Azalina.

Beliau juga membidas ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng yang mendakwa bahawa projek itu adalah "kilang radioaktif".

Tiada ulasan: