Ahad, 11 Mac 2012

Pendengaran SELCAT Tidak Di Bawa Ke DUN Tak Benar




SHAH ALAM : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) menafikan dakwaan laporan media berhubung tindakan SELCAT tidak akan membentangkan keputusan siasatan awamnya selepas sesi pendengaran awam ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) depan.

Dalam laporan media itu memberitahu, jawatankuasa SELCAT tidak akan membentangkan keputusan siasatan awamnya mengenai tiga syarikat milik negeri di DUN yang dijadual bermula 19 Mac ini.

Pengerusi Selcat Teng Chang Khim, berkata keputusan untuk tidak membawa ke Sidang DUN 19 Mac ini bukan kerana SELCAT tidak mahu mengambil apa-apa tindakan tetapi kerana ianya tidak sempat berikutan masa yang terlalu singkat.

” Sesi pendengaran awam SELCAT baru sahaja selesai pada 7 Mac lalu, ianya satu masa yang singkat untuk dibawa ke Sidang DUN 19 Mac ini, pihak kita memerlukan masa untuk meneliti semua keterangan dalam SELCAT sebelum membuat sebarang rumusan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ianya bukan bermaksud untuk tidak dibincangkan langsung di dalam Sidang DUN tetapi memerlukan tempoh dua minggu sebelum membawa usul itu ke Sidang Dun.

“Kita juga memerlukan perbincangan dengan semua pihak untuk membuat sebarang keterangan bertulis kerana ianya banyak syarat-syaratnya, jadi keterangan dalam sesi itu belum siap dicatat, jadi segala tindakan kita akan ambil kemudian,” katanya yang juga Speaker Dun Selangor.

Dalam persidangan SELCAT baru-baru ini, Yayasan Selangor mendapati ketirisan aset yayasan itu adalah tidak kurang daripada RM 500 juta berdasarkan kajian dari tahun 1991 hingga Mac 2008.

Turut didedahkan punca Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebelum 2008 yang mengalami kerugian jangkaan pendapatan RM 20 juta setahun disebabkan pengurusan yang tidak cekap serta ketirisan.

Selain itu, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) turut mencatatkan perkembangan positif terutama dari segi jumlah jualan berdasarkan ringkasan prestasi tahun kewangan 2008-2012 dengan nilai tertinggi pada tahun 2011 sebanyak RM 84,413,801 daripada jualan 8,030,801 tan metrik pasir.

Tiada ulasan: