Jumaat, 9 Mac 2012

Pemuda BN Selangor lapor SPRM isu tender


BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor, semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan negeri itu mengamalkan pemberian projek secara rundingan terus dan tidak melalui proses tender sejak 2008.

Ketua Pemuda BN Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal, berkata SPRM perlu segera melakukan siasatan bagi mengelakkan amalan pemberian tender secara runding terus berleluasa di negeri itu.

“Kita tidak boleh tunggu lebih lama lagi bagi mengelak lebih ramai rakyat Selangor tertipu. Pemberian tender secara terbuka dan tanpa melalui proses tender biasa menggambarkan kerajaan Selangor seperti cakap tak serupa bikin serta bertentangan dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dicanangkan mereka dulu,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Ungku Salleh berkata, antara penyelewengan yang jelas, termasuk pelantikan firma guaman kerajaan negeri dalam kalangan kroni pemimpin pakatan pembangkang saja.

“Itu tidak termasuk isu pasir yang tidak berkesudahan sampai sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), yang lambat bertindak berhubung sesuatu isu.

9 ulasan:

Green Sabah berkata...

Maybe its best that the MACC investigate the allegation by Raja Petra regarding this issue. To clear the air.

Green Sabah berkata...

All open tender projects must be given out after all companies applied for it.

Tanpa Nama berkata...

SPRM kena kena ambil tindakan atas laporan tersebut.

Sanih Alias berkata...

Teruskan usaha mencari kebenaran dalam kerajaan Negeri Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat pun mempunyai banyak kelemahan. Pihak SPRM memang patut menyiasat perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

inikah contoh terbaik parti yang berhasrat mahu merampas puterajaya?? jika ketika membentuk kerajaan negeri, sudah wujud kepincangan dalam pentadbiran mereka, bagaimana pula jika mereka2 ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus sebuah negara??

Tanpa Nama berkata...

skandal pasir di selangor, tidak ada pula pemimpin2 pembangkang yang bising.. jika pemimpin2 pembangkang yang buat, bagi mereka semuanya ok..

Tanpa Nama berkata...

Sibuk jaga tepi kain orang sampai kain sendiri yang kotor tak sedar??

Tanpa Nama berkata...

Oleh itu, rakyat jangan mudah tertipu dengan hasutan pembangkang. Mereka sendiri bukanlah bersih sangat.