Khamis, 1 Mac 2012

Pelantikan Khairy ke dalam PUNB menguatkan spekulasi tentang nasib politiknya

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Khabar angin mengatakan bahawa ketua pemuda, Khairy Jamaludin akan dilantik sebagai pengerusi agensi pelaburan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd atau PUNB telah bertiup kencang. Ini menguatkan spekulasi tentang nasib menantu bekas pm yang bercita-cita tinggi ini.

Memetik sumber The Business Times, pada hari Selasa, ia melaporkan Khairy akan memulakan tugasnya di PUNB dalam masa terdekat. Ia juga menyebut bahawa Khairy akan menggantikan Mohd Abu Bakar Mohd B Noor yang telah menyandang jawatan itu sejak 1998.

PUNB adalah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan usahawan Bumiputra dalam perniagaan yang strategik dan berpotensi tinggi. Berita itu, walaupun belum disahkan lagi, nampak sahih kerana mendapat pujian daripada PM Najib Razak kerana usaha sayap Pemuda dalam memajukan suasana perniagaan dalam Negara.

“Ahli PEMUDAH, telah berusaha sejak lima tahun untuk meningkatkan usaha penglibatan bumiputra dalam perniagaan di Malaysia. Saya boleh meyakinkan anda semua tiada satupun sumbangan tuan dan puan sama ada besar atau kecil diabaikan.”kata Najib pada pelancaran laporan tahunan PEMUDAH 2011 pada hari Isnin.

Masih belum dimaafkan sehingga sekarang

Jika benar, Khairy yang juga merupakan ahli parlimen Rembau dan stu-satunya ketua pemuda UMNO yang tidak diberi jawatan kabinet, mungkin akan menyaksikan kerjaya politik yang samar walaupun dia berjaya mempertahankan jawatan pemuda Umno pada pemilihan parti yang bakal diadakan pada penghujung tahun ini.

“Nampak gayanya Najib sudah memberi hadiah kepada Khairy sama seperti apa yang diberinya kepada Isa Samad. Diberi jawatan tertinggi dalam agensi kerajaan dimana dia boleh melancong dan mempunyai akses kepada kontrak kerajaan yang besar dan lumayan,namun tiada pos dalam kabinet. Saya tidak tahu jika Khairy akan puas hati dengan itu sahaja. Ini mungkin juga isyarat yang cuba diberi oleh Najib dan parti secara keseluruhannya kepada Khairy,” kata seorang pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Dia merujuk kepada Isa Samad, bekas ketua menteri Negeri Sembilan yang memenangi kerusi Bagan Pinang pada tahun 2009 tetapi tidak mendapat jawatan dalam kerajaan selain dijadikan pengerusi Felda.

Walaupun begitu, Isa yang berusia 63 tahun itu yang juga bercita-cita tinggi seperti Khairy, tahu bahawa masanya telah berlalu. Tetapi, Khairy yang berusia 34 tahun itu, seorang graduan Oxford mungkin belum bersedia lagi untuk meninggalkan dunia politik.

Sedihnya, keangkuhannya terlalu ketara pada masa pemerintahan Badawi yang dilihat sebagai perdana menteri de facto, kerana sibuk memberi arahan bagi pihak bapa mertuanya. Ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada pemimpin Umno yang lain seperti Mahathir Mohamad, PM sebelum Badawi.

Tidak akan tersenarai sebagai ‘calon boleh menang’ Najib

Mahathir terlalu terdesak untuk menjadikan anaknya Mukhriz yang berusia 46 tahun menduduki salah satu kerusi timbalan presiden dan tidak mungkin akan menerima jika Khairy juga berada disitu.

Ada desas-desus yang menyatakan ada kemungkinan bahawa Khairy tidak akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Rembau kerana selain dari pertelingkahan dalaman UMNO, dia juga berhadapan dengan Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin, ketua pemuda PKR yang popular itu.

Khairy sendiri mengakui ketidak tentuan nasib kerjaya politiknya apabila bebera bulan yang lalu telah menghantar mesej twitter yang membayangkan untuk mengambil cuti yang panjang bersama kelaurga.

“Apa yang pasti adalah Dr M masih belum memaafkan Khairy kerana sindiran dan keangkuhannya dulu. Dia akan ingat sehingga mati. Khairy boleh lupakan sahaja keinginannya untuk menjadi orang yang berkuasa didalam Umno jika Mahathir dan penyokongnya masih ada. Dengan memberi jawatan PUNB kepada Khairy, Najib juga menghantar mesej kepada Mahathir bahawa dia akan menyokongnya dalam isu ini walaupun masih lagi berantakan” kata pemerhati Umno.

Ditubuhkan pada Julai 1991, dibawah Akta Syarikat Malaysia 1965, PUNB memberi fokus dalam menyediakan pakej pembangunan usahawan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam perniaggan runcit, kecil dan sederhana (PKS).

Ia menyediakan pelbagai pinjaman untuk bakal usahawan Bumiputera di bawah pelbagai skim seperti Skim Prosper Pemborong, Skim Prosper Runcit dan Skim Prosper Siswazah dan menyediakan pelbagai rangkaian dan platform untuk peminjam. Pakej-pakej pembangunan yang direka untuk membantu usahawan Bumiputera untuk membangunkan perniagaan yang bernas, mengekalkan usaha menguntungkan dan membentuk perusahaan mereka, supaya lebih cemerlang.

Sudah pernah ada banyak khabar angin menceritakan Khairy dilantik kedalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pada masa lalu, tetapi ia tidak pernah menjadi kenyataan.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: