Sabtu, 10 Mac 2012

PAS Tawau kesal surat arahan PPD

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS kawasan Tawau melahirkan rasa hairan kenapa pejabat Pejabat Pelajaran Daerah itu boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru mereka.

Sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

PAS Kawasan Tawau dalam kenyataan mereka berkata, sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.

Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau.

Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki, katanya.

Menurut beliau, terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau.

Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN.

"Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Semalam, laman web Merdeka Review melaporkan, menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.

Dalam sepucuk surat rasmi dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau pada 1 Mac 2012 (gambar kanan), pengetua dan guru besar sekolah di daerah tersebut diarahkan untuk mengkategorikan kakitangan di bawah jagaannya mengikut kecenderungan politik dengan tafsiran warna seperti berikut.

Mereka yang jatuh ke kategori putih memiliki ciri-ciri seperti akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina, bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.

Sementara mereka yang disenaraikan di bawah warna kelabu, menunjukkan sifat "mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang".

Malah mereka yang jatuh dalam warna hitam pula, adalah "ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan, dan ada percubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan".

Malah, pegawai pelajaran daerah Tawau yang mengeluarkan surat rasmi ini, Darman Shah bin Haji Asakil menambah, "Oleh kerana maklumat sedemikian boleh menjejaskan mana-mana pihak yang terbabit, saya memohon agar borang ini diisi oleh tuan/puan/cik sendiri agar kerahsiaannya terkawal di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan".

Surat ini disebarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini, dan MerdekaReview telah berjaya menghubungi Darman Shah untuk mendapatkan respon beliau.


Darman menafikan bahawa surat ini adalah arahan daripada kementerian pelajaran mahupun jabatan pelajaran, malah mengakui bahawa "Ini satu kesilapan. Surat telah dibatalkan".

Dalam surat tersebut, Darman mendakwa dirinya diarah untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada semua ketua sekolah di daerah Tawau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 29 Februari 2012.

Bagaimanapun, Darman berkata kepada wartawan bahawa mesyuarat tersebut tidak berlangsung, malah mengulangi bahawa surat ini adalah satu kesilapan, dan pihaknya bakal mengutus surat kepada jabatan, kementerian dan sekolah untuk memaklumkan bahawa surat ini telah dibatalkan.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

19 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Rakyat berhak mengundi ataupun menyokong mana-mana parti politik, surat seperti ini tidak wajar. Tapi sekurang-kurangnya ia sudah dibatalkan.

Mohd Ishak berkata...

Semoga melihat pilihan raya yang lebih bersih dan adil dalam PRU-13 seterusnya, hak demokrasi dalam negara perlulah dihormati.

drako drakonius berkata...

PPD Tawau has already revoke this order.

drako drakonius berkata...

According to PPD, the distribution of the letter was not approved as the content have not being verified.

drako drakonius berkata...

But In my personnel opinion, the teachers must limit their involvement as well as affiliations into politics as that is not the main core task of their job.

drako drakonius berkata...

Apart from that, with their involvements in politics, it will only distract them from functioning in their main task which is to educate our children.

drako drakonius berkata...

If those groups of teachers are that incline to their respective political affiliations, perhaps they should tender their resignations as teacher and educators and give their positions to those who are really passionate in the teaching profession.

Paquin berkata...

Kalau betul, hal ini memang melucukan. hhahahhaa

Paquin berkata...

Kalau betul, hal ini memang melucukan. hhahahhaa

Paquin berkata...

Surat sebegini tidak wajar dilakukan kerana ia hanya memberikan tanggapan -ve terhadap umnobn.

Paquin berkata...

Saya yakin hal ini pasti akan terus diperbesarkan. Harap2 ia dapat ditanggani sebaik mungkinb sebelum semuanya terlambat.

Kris Jr berkata...

Betulkah ada macam tu. Sikap demokrasi adalah terbaik.

Hinamori berkata...

PAS just only making publicity to gain people votes,

Tanpa Nama berkata...

politik dan perlulah nak dikaitkan dgn pendidikan.

Tanpa Nama berkata...

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Akibat perbuatan yang tidak profesional oleh seorang pegawai senior di Jabatan Pendidikan Tawau, semua pun kena tempiasnya.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin juga pegawai ini sengaja berbuat demikian agar imej kerajaan nampak lebih negatif??

Unknown berkata...

Semoga perkara ini akan ada penjelasan dari pihak PPD. Namun biarkan undian itu rahsia.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula PAS boleh katakan PPD Tawau menjadi alat umno/BN sedangkan kementerian telah menafikan ada mengeluarkan arahan itu??

Tanpa Nama berkata...

bagimana agaknya jika PAS memerintah negara ini dan pada waktu itu terdapat penjawat2 awam yang menentang mereka.. adakah nasib mereka akan seperti Hassan Ali????