Khamis, 22 Mac 2012

Noh Omar tuntut RM20 juta dari k'jaan S'gor

Kerajaan Selangor berdepan saman RM20 juta daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung artikel dalam akhbar rasmi Selangor Kini yang didakwa memfitnahnya.

faekah husinSetiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin (kiri) berkata, selain dirinya sendiri, empat lagi pihak dinamakan sebagai defendan, termasuk ADUN Sekinchan Ng Sue Lim dan pengarang Najib Hashim dalam writ saman itu.

"Surat ini baru kami terima. Masih panas lagi. Surat ini adalah mengenai isu bagi mendapatkan ganti rugi am.

"Kita akan putuskan siapa peguam yang akan kendalikan kes ini dan akan maklum dari masa ke semasa," kata Faekah kepada pemberita di lobi dewan undangan negeri Selangor.

Noh mengambil tindakan itu ekoran laporan Selangor Kini keluaran 25 November hingga 2 Disember 2011 bertajuk ''Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan'' dan ''Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani.''

Mengulas tindakan itu, Faekah menyambutnya sebagai "perkara yang baik" dan pihaknya akan membuat lebih banyak pendedahan di mahkamah.

"Bagi saya ini perkara baik sebab dalam pada perdana menteri nak ambil Selangor semula, dia (Noh) saman kerajaan negeri. Nampaknya tindakan timbalan pengerusi Umno dan pengerusi Umno Selangor ini bercanggah.

"Kalau saya nak ambil alih negeri, takkan saya nak saman negeri itu sebab defendan ketujuh ialah kerajaan negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Penolong Kanan Pendaftar Mohamed Ruhaizat Abdullah di Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 5 April ini untuk pengurusan kes saman itu
ketika didengar di hadapannya hari ini.

Sebelum ini, pada satu sidang media, Noh dilaporkan berkata, beliau memfailkan saman fitnah terhadap itu di pada 9 Mac melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Tiada ulasan: