Khamis, 22 Mac 2012

Najib diminta nyatakan bila ISA mahu dimansuh

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Md Ramli pada persidangan Dewan Rakyat, yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJKT bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.

Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mahu memperkasakan semangat dan falsafah 'Global Movement of Moderates' di negara kita sendiri yang sedang menyaksikan pertentangan kaum dan ketajaman perselisihan agama yang semakin meruncing dan kritikal mutakhir ini dengan pihak tertentu dan badan NGO tertentu berasa di kedudukan diserang, di bawah pengaruh pemikiran 'siege mentality'.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan untuk menarik kunjungan pelancong dari negara jiran Thailand.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kerugian yang dialami akibat hakisan pantai sepanjang 2011 dan apakah langkahlangkah pencegahan dalam menghadapi masalah fenomena ini pada masa depan.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia menyokong hak Iran untuk mempunyai teknologi nuklear.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA bercadang menyemak dan mengkaji semula Kos Tanam Semula di bawah Technoplant yang begitu tinggi pada waktu ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap surat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2007 yang menyatakan terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Tajudin Ramli, Wan Aisyah Wan Hamid dan Ralph Gotz berikutan kerugian MAS yang berjumlah berbillion ringgit.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MAIWP memberhentikan pemberian RM5000 kepada pelajar lulusan Darul Quran sejak 2009 walaupun sebelum ini MAIWP berjanji pelajar yang lulus dari Darul Quran akan menerima RM5000 semasa graduasi sebagaimana sebelum 2009.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Koperasi Permodalan Felda tidak dibenarkan memegang secara langsung saham miliknya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) selepas FGVH disenarai

Tiada ulasan: