Isnin, 5 Mac 2012

MB Selangor Akui Tanah PKPS Di Sarawak DiJual

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meraih keuntungan hasil penjualan tanah di Sarawak dengan harga RM97 juta sebagaimana yang didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Datuk Seri Noh Omar.

Beliau mengarahkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menghantar salinan laporan audit kewangan perbadanan itu kepada Noh untuk dinilai sendiri oleh menteri berkenaan.

Beliau berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Noh sebelum ini yang meminta pihaknya memberi jawapan bagaimana simpanan tunai PKPS boleh meningkat begitu banyak dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.

"Kewangan PKPS telah diaudit oleh kumpulan profesional kerana sejak 2008, kita di Selangor gunakan cara yang diamalkan oleh syarikat swasta, yang mana peruntukan perakaunan mereka dibuat secara tertib dan teratur mengikut lunas standard perakaunan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan pengerusi penggerak belia tempatan sesi 2012 di sini semalam.

Mengulas dakwaan Noh bahawa peningkatan simpanan tunai PKPS itu adalah disebabkan penjualan tanahnya seluas 12,000 hektar di Sarawak dengan harga RM97 juta, Abdul Khalid berkata penjualan tanah memang ada, tetapi terdapat dua jenis keuntungan yang diperoleh perbadanan berkenaan, iaitu keuntungan hasil daripada jualan dan keuntungan hasil daripada operasi.

Beliau berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebaliknya pernah memprotes tindakan PKPS menjual tanah berkenaan pada harga RM97 juta kerana berpendapat harga berkenaan terlalu murah.

Tiada ulasan: