Selasa, 20 Mac 2012

Khalid berbincang dengan syarikat Perancis, UK tentang pengurusan air

Oleh Yow Hong Chieh


PETALING JAYA — Menteri Besar Selangor mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa dalam persiapan untuk mengambilalih industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa syarikat Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari Britain bersedia untuk berkongsi kepakaran pengurusan air bersama Selangor agar modelnya bukan sahaja efisyen tetapi mampu berdaya saing.

“Pertikaian rundingan untuk Kerajaan Negeri mengambilalih industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi... tidak sepatutnya menghalang Kerajaan Negeri daripada membuat persediaan.”

“Kami amat gembira apabila pakar-pakar ini sanggup berkongsi pengetahuan teknologi mereka,” beliau berkata dalam kenyataan daripada sekretariat akhbarnya.

Beliau (gambar) bagaimanapun menekankan bahawa sebarang kerjasama dua pihak perlu melalui “proses telus dan kebertanggungjawab” bagi memastikan ia berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Menteri Besar akan berucap pada pelajar-pelajar Malaysia di London pada Jumaat ini mengenai “kegagalan” penswastaan air di Malaysia.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja mengenai topik itu sempena Forum Air Sedunia pada Rabu lalu.

Pemindahan aset air tertakluk di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) yang memastikan segala aset di Semenanjung Malaysia terletak di bawah kawalan persekutuan sebelum ia disewakan semula kepada pemegang lesen di setiap negeri.

Namun Selangor dan Putrajaya telah buntu sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih negeri itu pada tahun 2008, kerana kedua belah pihak tidak mahu melepaskan kawalan industri air.

Kawalan aset air Selangor adalah penting untuk PR menetapkan tarif dan memenuhi janji kempen air percuma bagi semua penduduk di negeri itu.

Kedua belah pihak berbeza pendapat tentang nilai aset air di Selangor, yang dianggarkan RM1 bilion oleh Putrajaya tetapi RM10.98 bilion oleh kerajaan negeri.

Kerajaan persekutuan dan negeri juga bertelingkah mengenai cadangan Langat-2 air loji rawatan.

Menurut Putrajaya, loji itu diperlukan bagi menjamin masa depan bekalan air di Selangor.

Namun Selangor telah menegaskan beberapa kali bahawa perbincangan mengenai Langat-2 tidak akan diadakan sehingga isu aset air ditangani.

Putrajaya menolak syarat itu malah sebaliknya menggesa Selangor tidak mempolitikkan masalah air di negeri ini dan memintanya bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk mengelak daripada negeri terkaya negara ini menghadapi krisis bekalan air pada 2014.

Aset Selangor yang telah diswastakan juga membekalkan air kepada wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tiada ulasan: