Khamis, 1 Mac 2012

Karpal Mahu Kes Hasutan DiKaji Semula, Dakwa Hakim Tidak Fasih BM

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Karpal Singh mahu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes hasutannya dikaji semula kerana mendakwa salah seorang daripada panel tiga hakim berkenaan tidak fasih dalam Bahasa Malaysia.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP menuduh mahkamah rayuan gagal memenuhi korum apabila sebulat suara membuat keputusan berhubung kesnya pada 20 Januari lalu.

Beliau dipetik sebagai berkata kepada The Malaysian Insider, bahawa, "keseluruhan penghakiman setebal 105 mukasurat adalah dalam Bahasa Malaysia."

Bagaimanapun, Karpal mendakwa Datuk Clement Allan Skinner . yang merupakan salah seorang daripada hakim tiga panel itu tidak memahami sepenuhnya kepada alasan yang dituliskan dalam kandungan keputusan penghakiman itu.

Selain Datuk Clement, dua hakim lain yang menganggotai panel hakim berkenaan ialah Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Mohamad Apandi Ali.

"Clement Skinner adalah dari Sabah. Orang ini tidak tahu Bahasa Malaysia. Di sana, semuanya dalam Bahasa Inggeris. Dia dilahirkan di Burma (Myanmar) pada tahun 1947," katanya lagi.

Pemimpin pembangkang veteran itu menjelaskan bahawa Clement Skinner mungkin memahami apa sebenarnya kes itu, kerana iia dibicarakan dalam bahasa Inggeris di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, katanya ia tidak bermakna apa maksudnya kepada keputusan penghakiman yang ditulis.

"Terdapat kegagalan korum. Dalam erti kata lain, hanya dua hakim yang memutuskan," katanya.

Karpal, didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana didakwa mengeluarkan kata-kata brbentuk hasutan terhadap Sultan Perak di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 on Februari 2009 lalu ketika berlaku krisis perlembagaan di Perak

Beliau didakwa sebagai berkata bahawa pemecatan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebaga menteri besar Perak dan perlantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan boleh dipersoalkan dalam mahkamah.

Beliau bagaimanapun, didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Hakim Azman Abdullah, namun Kamar Peguam Negara telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Pada 20 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa kenyataan Karpal adalah ada kandungan 'hasutan' terhadap Sultan Perak dan memberikan kesan terhadap rakyatnya.

Tiada ulasan: