Sememangnya sudah sampai masa hal-hal mengenai gaji minimum di Malaysia ini disemak semula terutamanya melibatkan pekerja swasta yang sama-sama menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi, lebih-lebih lagi bagi yang pendapatan rendah. Apatah lagi dengan pengumuman gaji kakitangan awam melalui skim SBPA yang memberikan “signal” untuk dinaikkan harga barang di Malaysia.
Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri tampil memberikan pendapat & pandangannya dengan dasar gaji minimum di Malaysia melalui tulisan daripada blognya.
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja. Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.
“Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.
“Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk Gaji Minimum, hari ini.
Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini. Beliau berkata Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka.
“Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan nagara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.
“Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang,” kata beliau.
Gaji tidak boleh tinggi, tetapi perbelanjaan harian makin lama makin naik? Jadi bagaimana cara kerajaan untuk seimbangkan masalah ini? Tak perlu Tun nak bimbangkan sangat pelaksanaan gaji minimum di Malaysia kerana lebih banyak kebaikannya daripada keburukan. Sekarang ini antara 2 pilihan untuk menjadikan Malaysia muflis, Tun mungkin boleh pilih salah satu antara di bawah ini :
Gaji Minimum Vs Malaysia Muflis : Yang Mana Satu Boleh Menyebabkan Malaysia Muflis?
- Malaysia boleh muflis disebabkan rasuah dan ketidakcekapan pengurusan?
- Malaysia boleh muflis disebabkan membantu rakyat dengan cara meningkatkan pendapatan pada kadar yang sewajarnya?
- Yang mana satu?
Hakikatnya sekarang ini rakyat Malaysia sudah terlebih kerja semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang sudah melambung tinggi. Itupun apabila sudah menerima gaji, masih ada yang merasakan kurang setimpal apabila merujuk kembali dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Itu menyentuh soal pelaksanaan GST tidak lama lagi? Jadi apabila mereka merasakan tak cukup gaji disebelah siangnya, malamnya pula sambung lagi bekerja. Kalau tidak dengan buat OT (over time), mereka mungkin akan berniaga.
Tetapi dalam pada masa yang sama, apa yang berlaku adalah :
- Swastakan banyak servis dalam hospital, galakkan penubuhan hospital swasta and merendahkan kualiti hospital awam supaya lebih ramai beralih dan menggunakan hospital swasta dalam pada masa yang sama rata-rata gaji rakyat masih ditakuk lama?
- Dasar penubuhan universiti-universiti swasta, menukarkan biasiswa kepada pinjaman dan sekarang rakyat perlu membayar yuran universiti anak dengan pendapatan yang rendah?
- Swastakan Telekom & TNB, paksa TNB beli tenaga dari IPP sehingga IPP menjana pendapatan berbiliion setahun + insentif (subsidi) yang diterima kelompok IPP yang kemudiannya pekerja hanya menerima gaji yang kecil
Tetapi jikalau harga barangan kerajaan masih tidak berjaya mengawalnya, maka kenaikan gaji adalah satu keperluan ketika ini kepada paras yang lebih munasabah & stabil
Bagi kami, negara tidak akan bankrap jika kerajaan tampil membantu rakyat tetapi negara akan bankrap……….? Dan sejak bila pula dasar gaji minimum di Malaysia boleh menyebabkan negara bankrap? Faktor yang boleh menyebabkan sesebuah negara itu menjadi bankrap adalah seperti :
- pinjaman luar yang berlebihan
- kadar import yang berlebihan
- rasuah & kronisme yang keterlaluan
- syarikat milik kerajaan terus berhadapan dengan kerugian
Jika benar-benar mahu membantu rakyat bawahan, minda kapitalis sepatutnya dijauhkan sama sekali. Di mana-mana negara maju sekalipun, tujuan utama dasar ekonomi adalah bertujuan untuk melebarkan saiz kelas pertengahan, mengecilkan kelas bawahan seminimum mungkin. Adakah kita masih mahu terus berpuas hati menjadi sebuah negara kelas ketiga? Adakah kita masih lagi terus berkehendakkan negara Malaysia berada ditakuk lama & terus berbangga hanya kerana bersandarkan kos pekerja sangat murah terhadap negara-negara G8?
Negara-negara Barat sekarang bermasalah disebabkan manipulasi kreatif berlebihan dalam sistem perbankan, tidak ada kena mengena dengan sistem kebajikan sosial. Malah, kejatuhan ekonomi US sekarang ini adalah berpunca kelas menengah yang mengecut. Sejak Ronald Wilson Reagan (Presiden US yang ke 40) memerintah, pada masa itulah kelas menengah US mula menampakkan tanda-tanda untuk merudum, yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin. Dan bermula tempoh tersebut, ekonomi US mula semakin kerap mengalami kemelesetan ekonomi.
Gaji Minimum VS Malaysia Muflis : Pro & Kontra
- Memang ada benarnya jikalau rakyat Malaysia dapat gaji tinggi tetapi produktiviti tidak bertambah, Malaysia akan ada kemungkinan menjadi muflis. Tetapi…..
- Tetapi, pengurangan pergantungan kepada tenaga kerja luar juga boleh membantu pendapatan rakyat negara
- Di mana duit negara kita mengalir ke negara lain
- Sudah sampai masa ketikanya ini, Malaysia tidak terlalu pentingkan akademik sedangkan lebih banyak bidang yang masih lagi kurang diberi penekanan
- Sepatutnya Malaysia menggunakan sebaik-baik jumlah penduduknya
- Walaupun ada kalangan rakyat Malaysia tidak mahir dalam akademik tetapi antara mereka bakal mahir dalam bidang automotif, sektor kreatif, kewangan, kejuruteraan, kesihatan & bidang IT yang mampu melepasi sempadan negara sekarang ini, yang mempunyai peluang yang cukup luas
Gaji minimum kepada pekerja swasta bermakna kenaikan kos secara langsung kepada produktiviti. Namun, cadangan & semakan gaji minimum perlu untuk kebaikan jutaan pekerja yang rata-rata hidup dibawah paras kemiskinan. Jadi sebablah kami kurang bersetuju, untuk permulaan meletakkan kesemua sektor pada gaji minimum. Kita mesti melihat angka pada sudut yang lebih realistik. Mungkin boleh dinilai berdasarkan untung rugi syarikat, saiz syarikat & modal berbayar.
- Jikalau syarikat untung banyak, pekerja pun sepatutnya mendapat imbuhan
- Jikalau syarikat dapat “hujan lebat”, pekerja takkan dapat “tempias hujan” sahaja?
Sepatutnya kerajaan boleh berpandukan macam kami katakan tadi, untung rugi sektor swasta termasuk peniaga-peniaga & pengilang. Jadi gaji pokok mestilah mengikut margin keuntungan. Adilkah sesebuah syarikat untung berjuta-juta tetapi nasib pekerja masih lagi ditakuk lama? Ini yang dinamakan minda & sistem kapitalis yang terus diamalkan menekan orang bawah.
Duit gaji meningkat-> syarikat (untung meniaga) -> cukai (LHDN) -> Duit gaji itu akan dipulangkan semula kepada kerajaan
Ya…memang benar, terus terang kami katakan zaman Tun Mahathir belum sehingga tahap yang mendesak untuk dinaikan gaji dikalangan rakyat Malaysia. Itu dahulu. Tetapi apa yang mahu dilakukan & dibincangkan adalah realiti yang berlaku sekarang ini. Rakyat Malaysia mempunyai “hak” untuk “memperolehi nikmat sebenar” setelah seharian mengerah keringat tenaga, pengalaman dan idea dalam sektor swasta mahupun sektor kerajaan.
- kenaikan gaji
- hasil sesebuah akan meningkat
- produktiviti dapat dipertingkatkan dengan tawaran ganjaran yang diberikan oleh syarikat
- kebajikan pekerja terpelihara & sasaran syarikat dapat dicapai
- jikalau gaji rendah, apakah kita boleh mengharapkan juga “hasil” yang sama seperti di atas?
Persoalannya sekarang ini, samada mahu bertindak atau tidak untuk melaksanakan dasar gaji minimum di Malaysia? Dan bila? Dan kami lihat sekarang ini kerajaan sedang berusaha ke arah itu di mana dijangka bakal diumumkan hasil keputusannnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hujung bulan ini.. Sama-sama kita lihat hasil & kesudahannya kelak……
P/S : Apa pandanan anda pula cadangan gaji minimum di Malaysia setakat ini? Mungkin ada mahu berkongsi respon pro & kntra apabila dilaksanakan gaji minimum di Malaysia kelak?
8 ulasan:
kos hidup kini makin meningkat, tapi kadar gaji masih sama. ini pasti membebankan rakyat.
I agree that the minimum wage policy should be reviewed especially in the Private sector. Hopefully their interests are protected as well as those who worked in the Public sector.
A minimum wage policy should be in line with the current cost of living so that all people can improve their quality of life.
Negara tidak akan muflis jika pengurusan kewangan dilakukan dengan sebaiknya.
Rasanya PM akan menyelesaikan masalah tu dengan bijaksna. Rakyat memang perlu dinaiktarafkan melalui kenaikan gaji minimum. sekiranya gaji dinaikkan maka kuasa beli juga akan naik. ekonomi tidak mungkin akan muflis.
senang cerita.. kalau mahu gaji tinggi, buktikan kepada majikan bahawa anda layak menerima gaji tinggi melalui komitmen dan sumbangan anda kepada syarikat..
Setuju dengan rebirth. Dan majikan pula perlu bertimbang rasa untuk memberi gaji yang setimpal dengan usaha dan tenaga yang telah disumbangkan oleh pekerja.
Masalah sekarang adalah perbelanjaan melebihi pendapatan. Macam mana mahu survive jika keadaan terus menekan?
Catat Ulasan