Isnin, 5 Mac 2012

Cabaran mangsa Kg Medan sampai ke penghujung

Saman lima orang terhadap polis and kerajaan atas dakwaan kelalaian dan pelanggaran tugas sehingga menyebabkan mereka cedera dalam insiden Kampung Medan pada 2001 sampai ke penghujungnya.

kampung medanIni selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi ini menolak permohonan mereka untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan kerana ketiadaan bukti yang mencukupi bagi mendakwa polis gagal melaksanakan tugas mereka.

Permohonan berkenaan didengar di hadapan panel lima orang, iaitu Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan dipengerusikan oleh Tan Sri Ariffin Zakaria yang sebulat suara menolak permohonan tanpa kos itu.

Hakim Ariffin berkata kes itu adalah satu hakikat dan bukan perkara undang-undang. Sekiranya beliau membenarkan permohonan berkenaan, maka ini akan membuka kepadsa kes-kes lain.

Bercakap kepada wartawan, kemudiannya peguam M Manogaran mengakui bahawa Mahkamah Persekutuan hanya menagani isu-isu yang berkaitan dengan persoalan undang-undang baru dan yang berkaitan dengannya.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 m manogaran"Dalam kes yang melibatkan polis, ada sesuatu yang dinamakan polisi awam, jadi mahkamah tidak boleh membenarkan sesiapa sahaja memulakan sesuatu kes tetapi Kampung Medan adalah kes yang unik dan mempunyai kepentingan awam," katanya.

Manogaran (kiri) berkata tidak terdapat sebarang jalan lain bagi plaintif tetapi beliau akan meminta kerajaan negeri Selangor membuat pembayaran ihsan kepada mangsa-mangsa atas penderitaan mereka.

Pada 23 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan tujuh orang yang cedera dalam pergaduhan di Kampung Medan itu.

Panel tiga hakim yang bersidang ketika itu terdiri Hakim-hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Linton Albert.

Mereka sebulat suara menolak rayuan R Suresh, A Anbalakan Aynan, A Velappan, B Janakan, P Tamil Selbam, V Subramaniam dan V Muniandy.

kpg medan 130905 overviewLow berkata rayuan mereka tidak mempunyai sebarang merit dan panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman yang difail tujuh perayu itu selepas mendapati mereka gagal membuktikan bahawa polis tidak memenuhi tanggungjawabnya mengikut Akta Polis 1967.

Ketujuh-tujuh perayu, yang merupakan penduduk di kawasan berlakunya pergaduhan itu, memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Polis Petaling Jaya SAC Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad, bekas Ketua Polis Selangor Datuk Nik Ismail Nik Yusof, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Dalam penyata tuntutan mereka, ketujuh-tujuh perayu berkata keempat-empat defendan itu gagal mengambil tindakan segera untuk mengawal keadaan kecoh, rusuhan dan keganasan di kawasan berkenaan dan oleh itu gagal menjamin keselamatan mereka.

NONEAkibatnya, kata perayu, mereka diserang sekumpulan 20 hingga 30 orang yang melakukan rusuhan di kawasan itu menggunakan senjata termasuk parang, pisau, kayu hoki, kayu dan batang besi hingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan.

Ketujuh-tujuh mereka mendakwa kononnya defendan juga gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang bertindak ganas terhadap mereka itu, yang mengakibatkan wujud risiko berlaku kecederaan serius.

Tiada ulasan: