Ahad, 25 Mac 2012

Banner menarik, Utusan tidak sensitif terhangat

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Sebuah artikel di blog batuvskayu.blogspot.com yang memaparkan gambar sekeping banner menarik daripada “Suara Anak Muda” berbunyi “Terima kasih Pakatan Rakyat, Anda Kuat Kami Dapat RM500’ adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 12.

Pada tangga kedua ialah berita mengenai ketidaksensitifan akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam menjaga perassan umat Islam di negara ini.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Pengumuman mengejut keluar Umno oleh Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil berada di tangga ketiga.

Manakala di tangga keempat ialah artikel blog reformisanakmuda.blogspot.com yang memberikan amaran kepada anak muda bahawa cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk pelanggan telefon prabayar (prepaid) akan dilaksanakan selepas PRU-13. Untuk mengelakkan peristiwa ini berlaku, penulis blog ini menyarankan agar anak-anak muda tidak mengundi BN pada PRU13.

Di tangga kelima ialah tulisan saudara Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengenai kekalutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU-13.Harakahdaily

Tiada ulasan: