Jumaat, 9 Mac 2012

'Anak tertimbus, tersepit sekelip mata'

BERITA HARIAN ONLINE


TANAH MERAH: "Ketika hujan lebat terdengar dentuman kuat dan dalam sekelip mata separuh badan anak saya tertimbus serta tersepit di pintu belakang rumah," kata Raja Azlan Raja Hussin, 45, bapa kepada Raja Mohd Irfan, 13, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di kuarters polis Jalan Belfields, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, Raja Azlan yang bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, berkata ketika hujan semakin lebat beliau mendapati sedikit lumpur sudah memasuki bahagian dapur belakang rumahnya.

Berikutan itu beliau meminta anak ketiga daripada lima beradik itu membantu mengemas barangan di dapur dan mengambil pakaian di jemuran.

“Ketika itu, tiba-tiba satu dentuman kuat kedengaran dan benteng di belakang rumah runtuh, tapi saya sempat mengelak bagaimanapun anak saya tertimbus walaupun jarak antara kami kurang satu meter.

“Saya menarik tangan Raja Mohd Irfan daripada runtuhan yang ketika itu sudah tertimbus paras dada hingga kepala tetapi tidak berjaya kerana bahu dan kepalanya tersepit di pintu dapur,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga isterinya di Kampung Bukit Merah di sini, semalam.

Tiada ulasan: