Khamis, 22 Mac 2012

17 lombong sesuai jadi sumber air S'gor

MALAYSIA KINI

Sebanyak 17 lombong di Selangor sesuai dijadikan sumber air alternatif kerana hanya memerlukan pengedosan minimum untuk menepati piawaian air minum Kementerian Kesihatan serta kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi operasi loji pembersihan air.

NONEMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) berkata, keputusan itu diperoleh selepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Kesihatan negeri melakukan pensampelan terhadap 30 lombong pada tahun 2005 dan 2011, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Karim Mansor (BN-Tanjung Sepat) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ingin tahu sama ada air lombong benar-benar selamat digunakan sebagai sumber alternatif.

Dr Karim juga ingin tahu berapakah kos rawatan air bekas lombong berbanding kos air sungai dan jumlah lombong yang ada di Selangor.

Abdul Khalid berkata kos rawatan air bekas lombong lebih murah berbanding kos rawatan air sungai kerana kadar kekeruhannya yang rendah dan stabil berbanding air sungai yang memerlukan banyak alum bagi proses penggumpalan mendakan.

Tiada ulasan: