Heboh di media sosial sejak beberapa hari ini kononnya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari kononnya dirakam sedang memeluk seorang wanita yang didakwa Dyana Sofea. Dalam video yang menjadi viral berkenaan, Zairil kononnya berada di sebuah kelab malam sambil memeluk mesra seorang wanita yang dipercayai Dyana.
Ketika menghubungi wakil DAP negeri Pulau Pinang, beliau yang enggan namanya didedahkan mengakui, ada melihat video berkenaan dan telah bertanya sendiri dengan Zairil tentang perkara ini.
Zairil dilaporkan menafikan sekeras-kerasnya individu berkenaan adalah dirinya. Malah, menurut wakil DAP Pulau Pinang berkenaan, lelaki berkenaan adalah seorang pelakon dari Thailand yang kebetulan sedang menjalankan penggambaran di Malaysia.
Menurut wakil DAP berkenaan, wanita berkenaan juga bukanlah orang Malaysia sebaliknya adalah teman wanita pelakon Thailand berkenaan. Beliau mempersoalkan, andai benar wanita berkenaan adalah Dyana, mana buktinya?
Ini kerana, wajah wanita berkenaan langsung tidak didedahkan tambahan pula, disaat dunia sekarang sedang mengalami transformasi kamera dan imej yang lebih baik, rakaman berkenaan agak kabur dan tidak benar-benar menunjukkan lelaki dan wanita berkenaan adalah Zairil dan Dyana.
Justeru, wakil DAP berkenaan berharap, isu berkenaan ditutup sahaja kerana menurut pemahaman DAP negeri, sememangnya lelaki berkenaan adalah seorang pelakon Thailand yang mahu mencari hiburan bagi melegakan kepenatannya berlakon bersama-sama teman wanitanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan