Isnin, 6 Mac 2017

Tekanan jiwa punca lelaki panjat tiang elektrik

MALAYSIA GAZETTE
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian mengambil masa hampir 15 minit memujuk pemuda itu.

MIRI – Tekanan jiwa dipercayai penyebab utama seorang pemuda berusia 29 tahun memanjat tiang elektrik dan seterusnya bergayut di kabel berkuasa tinggi di sebuah kawasan perumahan di Jalan Desa Bahagia, Vista Perdana di sini hari ini.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, dalam kejadian pada 5.45 pagi itu, pemuda berkenaan dengan tidak semena-mena bertindak sedemikian.

Kejadian itu segera menjadi tular di media sosial.

Mujur pemuda itu berjaya dipujuk untuk turun dan tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini, kata Khoo.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian mengambil masa hampir 15 minit memujuk pemuda itu.

Khoo berkata, pemuda itu kemudiannya diserahkan kepada abang iparnya untuk dibawa ke Hospital Miri.
— BERNAMA


Tiada ulasan: