Isnin, 13 Mac 2017

Rafizi persoal pelaburan RM380 juta k’jaan di Langkawi



Rafizi Ramli (PKR-Pandan) mempersoalkan pelaburan kerajaan pusat dalam dua projek "mewah" di Langkawi meskipun ketika negara mengamalkan langkah berjimat cermat.

Menurutnya, kerajaan melabur RM380 juta melalui geran, suntikan modal dan pinjaman dalam St Regis Hotel dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

“Saya nak ingatkan balik Dewan dalam keadaan kita pertahankan keputusan melupuskan subsidi minyak, Pekan (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) guna duit rakyat bina dua projek mewah di Langkawi,” kata Rafizi di Dewan Rakyat hari ini.

Kedua-dua St Regis dan LICC siap pada tahun 2015, dan adalah usaha sama antara kerajaan dan kumpulan Rajawali Indonesia.

Kerajaan memansuhkan subsidi petrol pada bulan Disember 2014 dan menurut pentadbiran Najib, langkah itu perlu kerana hasil minyak yang merudum.

Rafizi berkata, walaupun melabur RM380 juta dalam kedua-dua projek, kerajaan hanya mempunyai pegangan 60 peratus.

Tiada ulasan: