ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Aksi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, minum air
ketika membaca teks ucapan perasmian pembukaan sesi Parlimen semalam,
mencuit hati nitizen.
"Kejap… minum air kejap," titah Yang di-Pertuan Agong sambil tersenyum
dan membuka botol air berkenaan dan terus minum dari botol tersebut.
Aksi spontan Sultan Kelantan itu membuatkan ahli Parlimen yang hadir
ketika perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen
Ke-13 itu tersenyum dan tercengang seketika.
Ahli Parlimen dilihat tersenyum dan memandang sesama sendiri ketika
kedengaran bunyi ‘aaaah…’ yang menunjukkan Sultan Muhammad V selesai
membasahkan tekak.
Seri Paduka Baginda ketika itu sedang bertitah mengingatkan rakyat agar
menjaga kesihatan dan kepentingan pemakanan seimbang menghentikan
sementara titah baginda dan menyatakan hasrat untuk minum.
Rakaman titah baginda dimuat naik di laman sosial dan mendapat pujian
daripada netizen yang menganggap aksi Agong adalah tindakan spontan dan
comel.
Netizen nyata berbangga mempunyai Agong yang berjiwa rakyat dan
bersikap spontan ketika membuka botol air minuman sendiri pada perasmian
pembukaan mesyuarat Parlimen, pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan